"Khairy dan beberapa orang rakannya tidak dapat membasuh tangan, bahawa percaturan politik mereka telah memberikan sumbangan ke arah ketidak setabilan politik dalam parti dan juga keruntuhankepada asas-asas ikatan perpaduan negara yang diletakkan oleh Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein dan diperkukuh serta digemilangkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad," tulis dalam entri blognya, www. zamkata.blogspot.com yang bertajuk, Khairy boleh jadi PM pada hari tua, semalam.
Menurutnya, dalam beberapa hal, percaturan ini dilanjutkan sehingga selepas Tsunami 2008, yang menampakkan ada usaha untuk membawa Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali ke dalam Umno sehingga ke peringkat membawa pasport antarabangsa kepadanya untuk berubat patah tengkuk di luar negara. "Tetapi ternyata Khairy salah membaca sikap orang Umno," tulis Zam.
Dalam menghadapi pilihan raya 2008, sesetengah media menjadi alat kepada memecahbelahkan Umno dan asas ketatanegaraan dengan laporan negatif terhadap orang yang tidak disukai oleh bakal pemimpin muda. "Yang paling menyedihkan ialah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Syed Razak Syed Zain dihina dan diperkecil dalam keadaan dia sakit, pada hal dia berjasa besar kerana pulihkan kekuatan BN di Kedah." Zam menulis, berita-berita sensitif yang menyakitkan hati orang Melayu dan Islam dipermainkan dengan bebas oleh media berkenaan.
"Sorak megah pilihan raya 2004 berakhir dengan kehilangan maruah pada 2008 kerana kesombongan dan keegoan beberapa orang muda yang 'berkuasa'. Apabila saya buat kenyataan yang disiarkan Utusan Malaysia dan Sinar Harian, bahawa Tsunami 2008 menggagalkan cita-cita pemimpin muda dalam Umno untuk mengambil alih kuasa, salah seorang dari tingkat 4 telah menelefon dan memarahi Utusan," kata Zam.
Menurutnya, terlalu banyak kesilapan Khairy dan rakan-rakannya untuk diceritakan semula, tetapi ini bukanlah masanya. "Ini adalah masa untuk lebih memfokuskan kepada pemulihan perpaduan dan seperti kata Tun Dr Mahathir, walaupun dia tidak suka seseorang calon, tetapi jika itu pilihan parti, maka dia akan mengundinya. "Demikianlah juga dengan Khairy, sekalipun dosanya terlalu besar kepada keruntuhan asas-asas perpaduan negara kerana idealismenya dan kerana nafsu politiknya, tetapi Khairy harus diberikan kesempatan untuk memperbaiki kesilapannya, dan dia sedang melakukan ini sekarang.
Kesempatan ini diberikan oleh Datuk Seri Najib yang memahami erti politik dan tidak ada perasaan membalas dendam, sekalipun usaha untuk mencegah kenaikannya, dilakukan sehingga saat terakhir," katanya. Zam mengakui, Khairy kembali menyerlah kerana kegigihannya. "Bakat dan karisma politiknya terserlah," kata beliau.
Zam berniat jahat untuk memecahkan perpaduan UMNO ...menghilangkan Fokus PRU ... menyuburkan politking dalaman yg melampau...politik wang..dan menghidupkan pelobby ... Dia nak bertumpang rezeki dan mendapat peluang duduk sebaris pemimpin yg potensi menang...
ReplyDeleteUMNO di zaman Najib ..Muhy... perlu dijelaskan tentang peranan Rajah Mandaliar dan Siktikol...
mereka ini bukan org kampung...orang ladang ..tapi orang yg bermesra bersama orang berkuasa tapi suka masuk jarum dan membuat onak politik.
Bukan KJ saja... Zahid Mohd Arip...Zoklifli Nordin ..Mahfuz atau Cucu Mee Abu Semeling kat Zam makan minum pun layak jadi PM malaysia suatu hari nanti..
ReplyDeleteZam dah kena sawan gempak gempak....Jadi skrg dia suka bergempak saja..