Heboh baru-baru ini apabila ada pemimpin daripada PAS menyeru kepada ahli-ahli PAS supaya menangguhkan dahulu ibadat haji ke tanah suci jika pilihanraya berlaku sekitar musim haji nanti.KP sebenarnya tidak terkejut dengan amanat sedemikian dari pimpinan PAS kerana mereka sudah sedia maklum sanggup berkorban jiwa dan raga demi PAS sehinggakan rukun Islam ke -5 sanggup ditolak dan ditangguhkan dahulu demi memenuhi tuntutan rukun politik PAS yang diimani mereka.
Sedih melihat rupa umat Islam hari ini yang sanggup mengenepikan urusan agama dahulu berbanding urusan politik.Jikalau ditakdirkan si polan bin polan ini yang merupakan ahli PAS yang sepatutnya menunaikan haji pada tahun ini tetapi akhirnya menarik diri kerana lebih patuh arahan partinya daripada Allah, kemudian tidak berapa meninggal dunia,tidak sempat hendak menunaikan haji,Adakah PAS hendak bertanggungjawab dalam hal ini ??
UMNO tidak nampak terdesak sangat pun sampai nak minta ahli tangguhkan haji demi PRU.PAS yang nampaknya kelihatan lebih terdesak dan gumuruh dalam hendak menghadapi PRU dan KP yakin bahawa Najib tidak akan adakan PRU ketika musim haji .Jadi ,PAS tak usahlah desak beri jaminan kerana itu hak PM dan dia lebih tahu dimana waktu yang lebih sesuai untuk mengadakan PRU.
Sekali lagi ,KP tegaskan bahawa PAS itu bukan Islam dan Islam itu bukan PAS,jadi ahli-ahli PAS ,tak usah patuh dan tunduk dengan arahan parti yang menyimpang dan memperlekehkan rukun Islam,patuh lah dengan perintah Allah S.W.T dan Rasulnya .
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.