Wednesday, June 20, 2012

PAS Bantah Pembinaan Sekolah Agama Rakyat




Memalukan! Pas yang kononnya memperjuangkan Islam sanggup bersekongkol dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) membantah pembinaan Sekolah Agama Rakyat (SAR) Taman Pegoh Aman di atas tapak sebuah padang awam di sini.

Alasan mereka adalah mahu mempertahankan padang itu untuk kegunaan penduduk. Namun yang menghairankan, sebahagian besar penduduk taman tersebut tidak pula membantah projek berkenaan kecuali sebilangan kecil penduduk bukan Islam yang tinggal di hadapan padang berkenaan yang dipercayai telah dihasut oleh pihak tertentu.

 Pas dan PKR bukan sahaja membuat demonstrasi mendesak bangunan yang dalam pembinaan itu dirobohkan pada 29 Mei lalu, malah turut mengganggu majlis dialog yang diadakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rapat, Datuk Hamidah Osman (gambar) bagi memberikan penjelasan kepada penduduk Sabtu lalu.


Datuk Hamidah Osman

1 comment:

  1. puak2 hamPAS kan mmg bangsat, buat sekolah agama rakyat pon depa bantah, mmg kuda kayu la lebai lebai pas ni

    ReplyDelete

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.