‘Kita sudah menjangkakan perkara ini kerana apa jua perkara kebenaran walaupun ia dinyatakan oleh individu yang bebas termasuk para akademik dan ulama tersohor dunia sekalipun jika ia tidak menyebelahi kepenting politik Pas maka mereka seperti wajib menolaknya dalam apa jua keadaan.
“Bagi Pas mereka mengamalkan kebenaran terpilih iaitu jika perkara itu benar tapi ia tidak memihak kepada mereka maka mereka akan tolak tapi sebaliknya jika perkara itu tidak benar namun memberi keuntungan politik kepada mereka maka mereka akan menjajanya ke pelosok negara… itulah pegangan politik Pas”, kata bekas Ahli Jawatankuasa Majlis Syura Ulama Pas, Prof Madya Mohd Noor Deris.
Tegas beliau lagi amatlah malang penolakan Pas terhadap pandangan ulama dan para akademik antarabangsa ini bukanlah bersandarkan fakta atau dalil dari Al Quran dan Hadis tapi hanya sekadar penafian politik semata-mata.
“Kita boleh menerima perbezaan pendapat tetapi biarlah ia bersandarkan ilmu, pembuktian fakta bersandarkan tuntutan Islam itu sendiri bukan ungkapan politik yang sekadar untuk menegakkan benang yang basah.
Sebab itu kita sentiasa tekankan bahawa Pas itu bukan Islam dan Islam itu bukan Pas sebab matlamat utama Pas hanya mahukan kuasa dengan apa cara sekalipun termasuk menjual agama”, ujarnya.
Prof Mohd Noor seterusnya menambah sebagai sebuah parti yang dijaja berjuang untuk Islam, sepatutnya Pas menghormati pandangan ulama berkenaan dan bukan memperlekehkan pandangan mereka ikut kaca mata politik.
Bekas Timbalan Syeikhul Universiti Al-Azhar, Sheikh Mahmoud Abdel Ghany Mahmoud Ashour pada Seminar Antarabangsa Fiqh Mentaati Pemimpin baru-baru ini berkata kerajaan Malaysia, yang diketuai oleh seorang pemimpin Islam, telah banyak melakukan kebaikan kepada masyarakat serta berusaha membangunkan (mendaulatkan) Islam dan ia seharusnya perlu terus disokong.
Beliau turut menekankan bahawa dalam memperjuangkan Islam, nama tidak penting, sebaliknya isi perjuangan lebih penting. Namun bagi Pas, seminar berkenaan menujukkan UMNO terpaksa menggunakan khidmat ‘bomoh’ (ulama) luar setelah ‘bomoh’ dalam tidak boleh pakai.
Menurut Pas lagi pembentang yang dijemput kebanyakan daripada negara Timur Tengah, memang bertujuan untuk mengeluarkan pandangan supaya rakyat menyokong kerajaan BN pada hari ini. -MediaUMNO
Komentar KP : KP sebenarnya tidak terkejut dengan reaksi angkuh dan sombong Nik Aziz terhadap pandangan Ilmuan dan Ulama Al-Azhar.Dulu pun Nik Aziz pernah memperlekeh Ulama Besar Al Azhar,Syeikhul Al Azhar Allahyarham Dr. Muhammad Sayyid Tantawi yang memuji dan mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara Islam dan mengesahkan konsep Islam Hadhari yang dicetuskan oleh mantan Perdana Menteri,Tun Abdullah Ahmad Badawi menepati ajaran Islam (kliksini)
PAS tidak perlu bongkak dan sombong kerana Islam ini bukan milik mereka sahaja,Islam ini universal dan tidak perlu pun masuk PAS jika hendak menjadi Islam kerana dalam syahadah kita tidak perlu menyebut untuk menyokong PAS untuk menjadi Islam.Jadi siapa yg sebenarnya menjual Islam??
Jadi,Nik Aziz sepatutnya berlapang dada dan terima segala teguran dan jangan menjadi bongkak diatas kebodohan sendiri kerana manusia itu tidak lari daripada membuat kesilapan dan Nik Aziz perlu akui akan kesilapannya sendiri.Jangan hanya tahu salahkan orang lain sedangkan orang lain itu lebih baik daripadanya
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.