“Dalam kes ini, kita bukan memilih antara dua parti, bukan memilih antara Datuk Seri Anwar dan Datuk Seri Najib Tun Razak, tetapi adalah demi kepentingan negara,” katanya selepas merasmikan sambutan perayaan Hari Guru Daerah Klang, semalam.
Beliau turut mengalu-alukan kesediaan Bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid bagi memberi kerjasama kepada pihak berkuasa berkenaan kes ini.
“Walaupun kita tahu bahawa beliau merupakan sahabat rapat kepada Anwar, tetapi apabila tiba masanya, beliau perlu memberitahu perkara yang sebenar.
“Murad diharap dapat meletakkan dan mengutamakan kepentingan negara dengan menyampaikan maklumat yang benar tanpa berselindung,” katanya.
Menurutnya, Anwar tidak akan mengambil sebarang tindakan undangundang kerana beliau sedar bahawa beliau bukan di pihak yang benar.
“Jika beliau yakin di pihak yang benar, dari kes video yang didedahkan Datuk Eskay lagi beliau sudah mengambil tindakan undang-undang bagi mempertahankan dirinya. “Anwar tidak menggunakan undang- undang untuk kebenaran, undang- undang padanya hanyalah untuk politik semata-mata,” katanya – sinar harian
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.