Wednesday, June 20, 2012

BN P.Pinang Lancar Portal Terbaru www.bnpenang.my - Persediaan Hadapi PRU-13



GEORGETOWN – Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang melancarkan laman sesawangnya dalam usaha mendekati pengundi peringkat akar umbi menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Pengerusinya, Teng Chang Yeow berkata, meskipun PRU-13 disifatkan sebagai mencabar tetapi pelbagai program yang diatur dilihat mampu mengimbangi kekuatan jentera pembangkang di negeri ini termasuk ‘perang siber’ yang dilancarkan.

Beliau berkata, orang ramai boleh mengunjungi laman sesawang iaitu www.bnpenang.my manakala untuk Facebook melalui Barisan Nasional Pulau Pinang dan Tweeter di BN Penang. Menerusi ketiga-tiga kemudahan itu, mereka boleh mengetahui perkembangan terkini BN negeri dan aktiviti yang dijalankan.Semua maklumat itu sentiasa dikemaskini. 


“Pendekatan ini dibuat kerana masyarakat kini banyak menggunakan kaedah ‘online’ untuk mendapatkan berita selain memudahkan semua pihak. 


Pelancaran ketiga-tiga kaedah ‘online’ ini adalah di bawah program Semboyan Dibunyikan,” katanya kepada media hari ini. 


Menurutnya, laman interaktif sosial Twitter dan Facebook serta laman web BN itu juga bertujuan memperbetulkan isu yang dibangkitkan pakatan pembangkang. 


“Ini adalah platform bagi menyampaikan kepada semua masyarakat Pulau Pinang mengenai usaha yang dilakukan BN bersama parti komponennya. Selain program turun padang, penggunaan pendekatan ‘serang siber’ adalah kaedah berkesan dalam menyakinkan pengundi terhadap keupayaan BN di negeri ini.


 “Menerusi medium ini, kita dapat menyatakan kebenaran terhadap apa yang dilemparkan pakatan pembangkang sekali gus membongkar kenyataan mereka yang tidak benar. Kita mahu semua mereka tahu tentang matlamat utama BN selama ini dengan keyakinan untuk menang dalam PRU13,” katanya. 


Menurutnya, dalam program Semboyan Dibunyikan itu juga menggunakan strategi ‘serang dan terang’ dalam membincangkan perkara yang cuba dibangkitkan parti lawan.


 “Ia melibatkan isu hutang Kerajaan Negeri yang dikatakan sudah selesai dan fakta yang dikeluarkan dalam Buletin Mutiara.


 Kita akan bertemu semua jentera parlimen diikuti jentera kecil sehinggalah ke pusat daerah mengundi.Di situ, kita akan menerangkan perkara yang tidak betul mereka (pembangkang) lakukan selama ini. 


“Pada masa sama, kita akan mengedarkan risalah mengenai aktiviti dan isu politik masa kini ke setiap rumah dengan kerjasama lebih 40 pelopor media alternatif dalam menjayakan misi kembalikan Pulau Pinang kepada BN,” katanya. – SH.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.