Wednesday, June 20, 2012

Remy Ishak Nafi Spekulasi Dirinya Meninggal Dunia


Nampaknya kali ini Remy Ishak, 30, adalah orang seterusnya yang menjadi mangsa penyebaran fitnah menerusi laman sosial twitter.




Terdapat beberapa pihak yang mengatakan Remy telah meninggal dunia hari ini lantaran dari penyakit yang dihidapi Remy.

 Sebelum ini, Remy telah dimasukkan ke Hospital Pakar Ampang Puteri apabila dia diserang jangkitan virus atau pneumonia.

 Namun, beberapa pihak telah menafikan kenyataan tersebut dan menyatakan yang Remy masih lagi hidup. Antaranya adalah Hafiz Hamidun, penyanyi dan juga komposer.


 MyNewsHub telah menghubungi Hafiz Hamidun bagi mendapatkan penjelasan dari kenyataan balasnya terhadap khabar angin itu. Hafiz yang sedang melakukan tugasan pasca-p roduksi bersama Khabir Bahtiar dan krew bagi filem lakonan Remy, ‘Azazil’, terkejut dengan khabar angin itu.

“Remy masih lagi hidup. Dia masih dirawat di hospital,” kata Hafiz Hamidun sewaktu dihubungi MyNewsHub.

 Selain itu, Hafiz juga meminta supaya segala khabar angin itu tidak disebarkan lagi oleh mana-mana pihak.

 Menurut rekod, beberapa orang rakan artis turut menjadi mangsa khabar angin yang disampaikan melalui laman sosial seperti Azean Irdawaty, Allahyarham Bob Kuman, Osman Kering dan hari ini, Remy Ishak.

 Bersamalah kita berdoa supaya Remy dan rakan artis yang lain cepat sembuh dan kembali memeriahkan industri hiburan tanah air. Pada masa yang sama, janganlah jadikan laman sosial sebagai tempat untuk menyebarkan maklumat yang tidak tepat.

 **Sebentar tadi, Remy Ishak telah mengeluarkan status terbaru menerusi laman sosial twitter yang menyatakan dia masih lagi hidup dan kini telah berada di rumah.-Mynewshub



No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.