Tuesday, June 19, 2012

Skandal Dinar Emas Kelantan-Salah Siapa??


Husam kata dia tak kenal Umar Ibrahim Vadillo,gambar mesra ini apa??
Kelantan Golden Trade Sdn. Bhd. (KGT) iaitu sebuah syarikat pengeluar mata wang dinar dan dirham milik penuh Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) didakwa berhadapan dengan kemelut salah laku terutamanya melibatkan salah seorang pegawai kanan syarikat tersebut. 

Berdasarkan satu laporan polis yang dibuat oleh seorang pelabur Jepun, Takao Kono pada 28 Mei lalu, beliau mendakwa menjadi mangsa penipuan pegawai kanan berkenaan yang dianggarkan melibatkan wang berjumlah AS$1 juta (RM3.19 juta).

 Difahamkan pelabur Jepun itu sebelum ini dikatakan tertarik dengan perniagaan program syiling dinar dan dirham yang diperkenalkan oleh lelaki itu membabitkan KGT.

 Malah, pegawai terbabit dikatakan menggunakan nama dua sultan di negara ini dan juga Kesultanan Sulu, selain nama kerajaan Zimbabwe bagi mempengaruhi pelabur Jepun tersebut. Pelabur Jepun itu dikatakan telah menyediakan wang berjumlah AS$1 juta (RM3.19 juta) dalam masa satu bulan dan kemudian membeli emas serta perak untuk program perniagaan dinar dan dirham.

 Bagaimanapun, Kono kemudian ingin menarik diri daripada perniagaan tersebut selepas hilang keyakinan terhadap pegawai kanan itu, namun emas dan perak yang dibelinya dikatakan telah dihantar ke Kazakhstan.

 Bukan itu sahaja, terdapat satu lagi laporan polis yang telah dibuat oleh seorang individu warga Perancis bernama Mohamed Esfih pada 1 Jun lalu terhadap pegawai yang sama ekoran aktiviti keagamaan yang begitu meragukan dilakukan oleh lelaki itu di sebuah kondominium hampir setiap pagi Ahad.

 Menurut Mohamed, sepanjang beliau menyertai kumpulan itu kira-kira dua bulan lalu, didapati lelaki yang digelar sebagai "Sheikh" tersebut mendakwa dirinya dianugerahkan kuasa yang luar biasa.

 Sementara itu, bekas Pengarah Eksekutif KGT, Nik Mahani Mohamad juga telah membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pada 31 Januari lalu berhubung salah laku dikatakan telah dibuat oleh pegawai kanan tersebut ketika memegang satu jawatan penting KGT..Baca seterusnya




Dari apa yang di tulis oleh blogger Kickdafella Rakyat Kelantan perlu nekad bertanya kepada YB Dato’ Haji Husam Bin Musa dan menuntut exco Kerajaan Negeri itu memberi penjelasan tentang kemelut yang menyelubungi Kelantan Gold Trade Sdn. Bhd. Rakyat Kelantan perlu memastikan bahawa YB Husam Musa tidak melepaskan tanggungjawab terhadap apa yang telah berlaku dan masih berlaku seperti mana beliau mengelak di dalam isu Jihad Ternak Sdn Bhd. Rakyat Kelantan perlu tahu segala-galanya dan YB Husam digesa bersikap telus di dalam soal ini.

Sebagai permulaan, YB Husam di harap dapat menjelaskan perkara-perkara berikut, Apakah hubungan sebenar beliau dengan Umar Ibrahim Vadillo? Siapakah yang membuat keputusan melantik Umar Ibrahim Vadillo sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kelantan Gold Trade Sdn Bhd? 

Mengapakah setelah dilucutkan dari jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Kelantan Gold Trade, Umar Ibrahim Vadillo dilantik pula sebagai Penasihat syarikat tersebut? Apakah Husam sedar terdapat 3 laporan polis dibuat terhadap Umar Ibrahim Vadillo? Apakah perjanjian kewangan di antara Kelantan Gold Trade Sdn Bhd dan Umar Ibrahim Vadillo?

 Apakah perjanjian tidak rasmi dari aspek kewangan di antara Husam sendiri dengan Umar Ibrahim Vadillo? Berapakah jumlah wang yang sudah dikeluarkan dari Kelantan Gold Trade diatas arahan atau permintaan Umar Ibrahim Vadillo?

 Mengapakah kebenaran kelulusan cek dari RM50,000 di kurangkan kepada RM10,000 sewaktu Umar Ibrahim Vadillo dan seorang Bekas Pengarah Eksekutif Kelantan Gold Trade menjadi penandatangan cek syarikat?

 Adakah Umar Ibrahim Vadillo menerima habuan lain berbentuk komisen dalam aktiviti Dinar Emas Kelantan selain dari imbuhan berbentuk gaji, elaun dan tuntutan perbelanjaan yang dibayar oleh Kelantan Gold Trade?

 Adakah Husam sedar nama beberapa Raja-Raja Melayu telah diguna dan dikaitkan oleh sindiket tertentu di dalam aktiviti Dinar Emas untuk mendapat sumber kewangan dari penderma-penderma dalam dan luar negara?

Demi kita mencari keredhaan Allah S.W.T dan berjuang membersihkan diri dan ummah dari rejim kewangan yang sedia ada, kita tidak boleh membiarkan pihak-pihak tertentu ‘menjual’ matawang syariah ini untuk matlamat dan agenda peribadi atau politik masing-masing.

 Perbuatan ini sangat-sangat melampau sekali. Kita berharap YB Dato’ Haji Husam yang mewakili Kerajaan Negeri Kelantan supaya segera menjernihkan suasana dengan bersikat telus dan bercakap benar. Kita mahu jawapannya. Segera. - Kickdefella

4 comments:

  1. At least KGT and PAS initiated the minting of the dinar and dirham. Someone had to do it. Because otherwise the BN government and the Malay royalty wouldn't have cared anything about our beloved "matawang syariah". In the past, the minting of the dinar and dirham, as well as the weights thereof, was the purview of the caliph. Where are the Malay Sultans? It's supposed to be their responsibility in the first place. Umar Ibrahim Vadillo has written more on the matter than anyone in the Malaysian government (or the writer of this blog for that metter) could possibly understand.

    KGT is merely a platform to get the dinar and dirham into the ummah's hands and generate a profit for future production of dinar and dirham, so that more can be sold to the ummah. The whole point is to offer the ummah a very real opportunity to use dinar and dirham here and now. Because, again, neither BN nor the Malay Sultans cared about doing that.The choice of using the dinar and dirham is up to the ummah, because dinar and dirham are not legal tender, which means it was never forced upon the ummah. In fact, the Malaysian ringgit itself is riba, because it is legal tender.
    But something tells me the writer of this blog is woefully ignorant on the matter.

    ReplyDelete
  2. cakap melayu lah bang kalau ya pun

    ReplyDelete
  3. Assalam. Panjang lebar dia terangkan dlm bahasa Inggeris. Kalau kurang faham, gunalah translator ye. Search je kat google, pilih mana2 translator yg berkenan di hati. Bukan apa, dia ada points yg bagus utk kita renung2kan, mggunakan akal fikiran kurniaan Ilahi. Take it positively, open up your mind bro. Thank u! :)

    ReplyDelete
  4. Ada org nak bagi mas kawen dalam bentuk dinar emas ni..camana...bole ke ni..

    ReplyDelete

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.