Tuesday, June 19, 2012

Berita Baik Untuk Ostat PAS Berbini Lagi !!!


Bekas Pelakon siri Gerak Khas, Abby Abadi dalam nada seloroh mengharapkan bertemu jodoh dengan ustaz untuk memberikan bimbingan dalam kehidupannya setelah ‘berhijrah’.

 Beliau menyatakan demikian pada program talk show Malam Keinsafan Bersama Selebriti di Dataran Kerdau malam ini yang dipengerusikan oleh AJK Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Kamal Ashaari.

 Turut menjadi ahli panel ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nasrudin Hassan at-Tantawi dan Ketua Dewan Muslimat PAS Pahang, Ustazah Salamiah Mohd Nor. Abby menjelaskan beliau seronok berada di dalam majlis seperti itu kerana dapat menambahkan ilmu.

 “Saya suka majlis macam ni dapat ilmu agama,” ujarnya yang menjelaskan sudah beberapa kali berada sepentas dengan kepimpinan Pemuda PAS.

 Beliau juga berharap suatu hari nanti dapat mengemukakan hujah bersandarkan nas al-Quran pada program seumpama itu. Justeru, Abby yang mengakui amat naif dengan ilmu agama amat berharap mendapat bimbingan agama yang sewajarnya daripada golongan ustaz.

 “Saya sekarang ini selalu berdamping dengan ustaz-ustaz, jadi saya mengharapkan jodoh saya dengan ustaz jugak...Allahu akbar...taklah...main-main, iklan-iklan... "Sapa ustaz kat sini...ramai," ujarnya seloroh yang ditujukan kepada para hadirin.

 Abby turut meminta para hadirin mendoakan agar beliau istiqamah dengan perubahan yang berlaku kepadanya.

 “Saya mengharapkan perubahan yang positif pada diri saya. “Doakan saya dalam keadaan begini sehingga bertemu Ilahi, saya nak juga mati syahid, saya harap doa dari semua,” katanya

4 comments:

  1. Semasa Aby bergelar janda, dia telah pergi bercuti dengan kekasihnya Zul Arifin ke China.Tapi jangan risau, lepas jumpa Pok Nicky dan masuk PAS,segala dosa silam telah 'terhapus'.

    ReplyDelete
  2. BODOH PUNYA MANUSIA, KALAU NAK MASUK SURGA TAK PAYAH MASUK PAS PUN TAK APA, ASALKAN AMAL MAKRUF NAHI MUNGKAR. ITU PUN BANGANG. SURGA BUKAN HAK PAS TAPI HAK ALLAH.

    ReplyDelete
  3. masuk PAS bermakna menyokong dan bersama2 parti atau golongan yg memperjuang menegak maaruf dan menentang mungkar......bukankan ini unsur2 ke syurga waalupun hak mutlak syurga adalah hak Allah.

    sapa kata masuk syurga MESTI dgn masuk PAS? tp menyokong golongan yg berjuang kebenaran itu adalah jalan2 ke syurga.

    anon kt atas pun bangang juga kan

    ReplyDelete
  4. Senyap jee tak ada ke komen daripada pecacai PAS?

    ReplyDelete

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.