Tuesday, June 19, 2012

Fuziah Meroyan Dengan Kenyataan Ahli Parlimen PAS Mengenai Lynas


KUALA LUMPUR, 19 Jun - Anggota Parlimen Hulu Langat daripada Pas, Dr Che Rosli Che Mat yang juga seorang pakar nuklear sekali lagi menjelaskan bahawa tahap radiasi projek kilang memproses nadir bumi di Gebeng, Pahang adalah di tahap yang rendah.

 Che Rosli berkata beliau berpuas hati dengan pembentangan Laporan Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) Mengenai Projek Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) di Dewan Rakyat, Selasa.

 “Saya berpuas hati dengan pembentangan ini sebab jawatankuasa ini mengutip pandangan dan masalah masyarakat. Sebagai contoh kalau kita baca laporan di muka surat 17 dan 18 di dalam laporan itu memang betul.

 “Itu bagus dan saya setuju. Tahap daripada segi radiasi memang rendah, itu saya tahu sebab saya sendiri yang mengukur (tahap radiasi). Perkara lain saya tidak berani komen… saya tidak berani sebut sama ada Lynas selamat atau tidak,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen, Selasa.

 Pada Ogos tahun lepas, Dr Che Rosli mengakui bahawa projek Lynas adalah selamat dan tidak seperti dakwaan Anggota Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh yang juga naib presiden Parti Keadilan Rakyat.

 Sebelum ini, dalam satu sesi temu bual dengan sebuah televisyen swasta (TV3)Dr Che Rosli berkata tindakan segelintir pemimpin pakatan pembangkang yang mendakwa projek berkenaan sebagai satu ancaman kepada rakyat adalah tidak lebih daripada sekadar meraih kepentingan politik.

 Beliau turut ditanya mengenai pemberian lesen sementara kepada Lynas untuk beroperasi dan menyifatkan tindakan sedemikian adalah betul.-UMNO Online

Komentar KP :Sahlah pakar nuklear yang tidak ada tauliah macam Fuziah Salleh ini berbohong dan cuba kelirukan rakyat.



No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.