PETALING JAYA: Dewan Pemuda PAS mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan agar mengeluarkan fatwa atau sekurang-kurangnya pendirian umum berkenaan dengan isu mengadakan pilihan raya pada musim haji.
Timbalan Ketuanya, Nik Abduh Nik Abdul Aziz berkata, badan itu perlu segera berbuat demikian kerana bimbang hak lebih kurang 20,000 rakyat Malaysia yang akan menunaikan haji bakal terlepas peluang untuk mengundi pada pilihan raya umum akan datang.
Katanya, selaras dengan fungsi Majlis Fatwa yang menjadi penasihat kepada kerajaan Persekutuan dalam segala perkara berkaitan dengan fatwa, pendirian badan itu diharap dapat menyelesaikan masalah berkaitan hukum-hakam sekiranya pilihan raya diadakan pada musim haji.
"Jika Majlis Fatwa Kebangsaan mampu bersuara dan mengeluarkan fatwa untuk aktiviti yang berkaitan dengan pembangkang, maka amat wajar badan tersebut mengeluarkan fatwa dan pendirian berhubung yang amat besar ini walaupun ia berkaitan dengan kerajaan," katanya menerusi satu kenyataan pada Isnin.
Nik Abduh berkata, isu mengadakan pilihan raya pada musim haji adalah isu besar dan serius kerana ia melibatkan kehormatan para jemaah dalam menunaikan rukun Islam kelima itu.
"Majlis Fatwa perlu bertindak dengan segera dalam menangani isu ini. Janganlah bersikap memilih bulu terhadap pihak-pihak berkepentingan saja dalam ini demi menjaga kemaslahatan yang lebih besar," katanya.
Terdahulu, Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man meminta semua ahli PAS yang terlibat secara langsung pada pilihan raya supaya menangguhkan ibadah haji bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
Beliau berkata, PAS menjangkakan pilihan raya umum akan datang diadakan pada musim haji iaitu selepas bulan Ramadan antara September hingga Oktober.
Bagaimanapun, arahan Tuan Ibrahim itu mendapat kecaman daripada pelbagai pihak termasuk golongan ulama. Baru-baru ini, bekas Timbalan Syeikhul Universiti Al-Azhar, Mesir, Syeikh Mahmoud Abdel Ghany Mahmoud Ashour berkata, umat Islam tidak perlu menangguhkan pelaksanaan ibadat haji semata-mata untuk menyertai pilihan raya umum sekiranya ia dijalankan serentak pada musim itu
Komentar KP: Sejak bila pula Dewan Pemuda PAS dan puak-puak PAS iktiraf dan guna pakai fatwa daripada Majlis Fatwa Kebangsaan ??Fatwa pasal BERSIH pun diorang tak terima sebab tak nak lawan fatwa lagi tinggi dan keramat dari Nik Aziz.
Nik Abduh nie nak lawan fatwa keramat bapak dia ka!! Dalam PAS sendiri pun sapa pun tak berani nak langgar fatwa keramat Nik Aziz.Setakat buat sandiwara minta Majlis Fatwa Kebangsaan keluarkan fatwa ,lepas tue balaci-balaci cybertrooper dan pemimpin PAS hentam balik mufti-mufti dan Ulama yang keluarkan fatwa tersebut baik tak payah.
Selama ini pun PAS tak pernah iktiraf fatwa daripada Ulama dan mufti yang bersidang dalam Majlis Fatwa Kebangsaan. Mereka hanya wala' dan taat kepada fatwa ulama mereka sahaja.Kesimpulannya,Nik Abduh tak payah sibuk-sibuk buang masa mufti dan ulama bersidang buat fatwa sebab korang pun tak pakai fatwa daripada mereka.

No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.