Thursday, August 30, 2012

Dr. Haron Din Pertahankan Nasharudin Mat Isa


KUALA LUMPUR 29 Ogos - Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din hari ini tampil mempertahankan Nasharudin Mat Isa apabila menegaskan gesaan bekas Timbalan Presiden itu agar Pas mempertimbangkan semula hubungan dengan pakatan adalah wajar dan bukan satu kesalahan. “

Kenyataan Nasharudin yang menggesa parti mengkaji semula hubungan dengan pakatan sehingga mencetus polemik bukan satu kesalahan. Saya melihat ia satu kewajaran kerana akhir-akhir ini Pengerusi DAP, Karpal Singh kembali mengeluarkan kenyataan yang amat keras dalam menolak hudud. “

Bagi saya sebagai seorang pemimpin Islam, Nasharudin berjuang atas kapasiti yang ada pada beliau ketika membuat gesaan tersebut. Sebagai parti yang mengamal demokrasi kenapa ia harus dilihat sebagai kesalahan. Saya tidak nampak ia satu kesalahan," kata pemimpin berpengaruh Pas itu ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

~Dapatkan Utusan Malaysia untuk berita selanjutnya


Komentar KP : Kini,Nasharuddin Mat Isa mendapat tempat dikalangan golongan Ulama PAS yang kuat mempertahankannya dibelakang.Nampaknya,penantian untuk golongan erdogan dan parasit-parasit PAS untuk melihat Nasharuddin dikenakan tindakan oleh Majlis Syura Ulama PAS sangatlah tipis apabila Timbalan Mursyidul Am PAS ,Dato' Dr. Haron Din sendiri bangun mengeluarkan kenyataan mempertahankan kedudukan Nasharudin di dalam PAS selepas mengeluarkan kenyataan supaya PAS menimbang semula hubungan dengan Pakatan Rakyat.Menurut,Dr. Haron Din pandangan sedemikian tidak salah dan sewajar dipandang dengan lebih teliti kerana sejak akhir-akhir ini Karpal Singh begitu kuat melaung-laungkan kenyataan keras terhadap hudud.

psttt~ pasti keputusan syura' ulama PAS akan berpihak kepada Ust Nasha kerana di dalam majlis syura tersebut semuanya dikalangan ulama yang kebanyakan menyokong secara diam dan terang akan kenyataan Ust Nasha tersebut. Nantikan keputusan tersebut 9 Sept nanti...

PANAS !! Bila Ustazah Celup PAS Pertikai Kenyataan Dr. Asri Tentang Hudud


Sedar tak sedar,Ostazah Abby Abadi pujaan PAS ini makin laris dan ligatnya beliau bertwitter sehinggakan tidak sedar dengan siapa dia menghantar tweetnya.Abby Abadi dikritik oleh Mantan Mufti Perlis ,Dr Mohd Asri Zainul Abidin apabila Dr. Asri mengtweet sesuatu ditwitternya kemudian dibalas dengan komen Abby Abadi yang mana cuba memperlekehkan kononnya Dr. Asri yang belajar tinggi-tinggi tetapi tidak faham hukum agama.

Adakah si Abby Abadi ini sengaja nak memjatuhkan maruah Dr. Asri ??.Sepatutnya,Abby Abadi sedar bahawa jika dia berniat nak bersoal jawab mengenai hudud,dia kena pergi belajar dahulu sebelum cepat mengkritik seseorang dan jangan hanya kemudian buat coverline kata dia salah faham dengan tweet Dr. Asri.Kalau dah reti dan tak faham,buat la cara tak reti...jangan duk buat pala tau!!!

Terlajak perahu boleh diundur ,terlajak kata ,penyesalan dan malu yang dapat


Kenyataan balas Dr. Asri kepada Abby Abadi,nah ambik kaaauu!!!



Malu sioottt...mana nak letak muka apabila dibalas sebegini oleh mantan mufti,itulah kalau nak berdebat dengan bekas mufti,pergi khatam dahulu kitab-kitab Thurath ulama spt Bahrul Mazi,Fathul Bari,Ihya Ulumuddin dan sbgnya.Ini tidak,baru mengaji alif ba ta dengan Ostat-ostas PAS dah berlagak nak ajar para alim ulama...

Ustaz Fathul Bari Jawab Teguran Nik Aziz



UFB menjawab kembali teguran terhadap surat yang dihantar oleh ILMU kepada Menteri Besar Kelantan, Tok Guru Nik Aziz yg mempertikai kononnya ILMU sengaja menghantar surat itu untuk memperbesar isu hudud ini sedangkan niat ILMU hanyalah untuk mendapatkan persetujuan Nik Aziz untuk diadakan muzakarah atau pun pertemuan khas untuk membincangkan mengenai isu hudud yang tidak berkesudahan ini.

Niat baik ILMU untuk bersemuka ,menyelesaikan permasalahan hudud ini dipandang serong oleh Kerajaan Negeri Kelantan dan ini sangat mendukacitakan kita umat Islam.PAS yang berkobar-kobar kononnya nak menegakkan undang-undang Islam sengaja menimbulkan isu surat ini,jika benar dan ikhlas mereka hendak laksana,sudah tentu Nik Aziz sambut baik muzakarah hudud terbabit.

Apa-apa pun,tonton dahulu ulasan UFB terhadap komen Nik Aziz berkenaan suray yg dihantar ILMU.

Sunday, August 26, 2012

UMNO Akan Tubuhkan Kelab Penyokong Di Semua IPTA


REMBAU - Umno menerusi sayap Pemudanya akan menubuhkan kelab penyokong parti itu di setiap kampus institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di negara ini bagi meraih sokongan golongan mahasiswa terhadap parti itu dan Barisan Nasional (BN).

 Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata ia adalah langkah awal yang diambil Pemuda Umno selari dengan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 2012 baru-baru ini, yang kini membenarkan mahasiswa untuk telibat dan memegang jawatan dalam mana-mana persatuan dan pertubuhan termasuk parti politik.

 "Jadi daripada kita menunggu mereka untuk masuk menyertai parti kita dan BN, ada baiknya kita memainkan peranan proaktif untuk turun ke kampus dan menubuhkan kelab penyokong Umno di setiap kampus," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis rumah terbukanya sempena Aidilfitri yang diadakan di Dewan Orang Ramai Kampung Gadong, di sini hari ini.

 Katanya, Pemuda Umno akan masuk ke setiap kampus IPTA dalam masa terdekat untuk mengadakan sesi dialog bersama mahasiswa dan merangka penubuhan kelab itu. Katanya, selain berperanan memberi sokongan terhadap Umno dan BN, penubuhan kelab itu juga adalah sebagai landasan untuk mahasiswa mengetengahkan pandangan dan idea mereka kepada kerajaan.

 "Kita dapat banyak pertanyaan dari mahasiswa yang mana mereka mahu ada platform khas untuk mereka dan untuk menyahut permintaan tersebut, kita proaktif sebab kita tidak mahu tunggu mereka untuk menjadi ahli kita, tapi kita ke hadapan berjumpa mereka," katanya.

 Katanya, walaupun sokongan mahasiswa dilihat lebih cenderung kepada kerajaan, namun usaha sebegini perlu dilakukan bagi mengekalkan perasaan itu di kalangan mahasiswa dan memastikan mereka terus menyokong BN.

 Dalam pada itu, Khairy yang juga Anggota Parlimen Rembau berkata, PAS perlu mengeluarkan kenyataan berhubung pendirian rakannya DAP yang menentang penubuhan undang-undang hudud jika Pakatan Rakyat mentadbir negara ini. Katanya, sikap PAS yang masih berdolak-dalih terhadap pendirian DAP itu hanya memburukkan keadaan dan tidak membantu menyelesaikan isu tersebut. 

"Mereka perlu menjawab perkara itu, di hadapan DAP dan di hadapan rakyat kerana rakyat perlu tahu pendirian sebenar PAS," katanya. Lebih 5,000 tetamu hadir ke majlis rumah terbuka itu termasuk Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan. - Bernama

Komentar KP : Sangat setuju dengan cadangan Pemuda UMNO untuk ditubuhkan Kelab Penyokong UMNO di setiap universiti bagi menunjukkan bahawa mahasiswa kini sudah terbuka dan boleh berfikiran matang dalam menentukan masa depan negara dan ini selari dengan semangat pindaan AUKU yg membenarkan mahasiswa berpolitik dan memegang jawatan dalam parti.

Thursday, August 23, 2012

Dr. Asri : PAS Beri Gambaran Salah Mengenai Hukum Hudud Terhadap Bukan Islam


Pas telah memberikan gambaran yang salah mengenai hukum hudud sehingga ia ditentang keras oleh pemimpin DAP. Bekas Mufti Perlis, Prof. Madya Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin berkata, Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan telah menimbulkan salah faham hingga kini.

 “ Mereka telah memberi persepsi salah mengenai hukum ini umpama dalam kes rogol, ramai bukan Islam seperti Pengerusi DAP, Karpal Singh faham bahawa perlu empat saksi bagi mengadili penjenayah, jika kawan sudah lama tidak faham bagaimana dengan rakyat biasa.

 “Ia adalah gambaran salah yang cuba diberikan hingga menimbulkan persepsi negatif kerana tidak boleh membawa keadilan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

 Beliau berkata demikian bagi mengulas pendirian Karpal yang mengulangi pendiriannya menentang keras hukum hudud dengan menyifatkan ia mustahil dipraktikkan di negara ini.

 Tambah Mohd. Asri, Pas perlu menyemak semula tafsiran hudud yang dicanangkan agar ia adalah yang benar dan tepat. “Kita tidak mahu menimbulkan salah faham kepada orang bukan Islam. Jika mereka faham bagaimana hudud sebenar, ia tidak akan ditolak.

“ Kritikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengenai enakmen hukum hudud yang dibuat Pas adalah betul, ini kerana orang tidak mempertikaikan Islam, tetapi melihat enakmen yang dibuat oleh parti itu tidak lengkap," jelasnya.

 Menurut Mohd. Asri, adalah sesuatu yang biasa apabila bukan Islam di seluruh dunia tidak bersetuju dengan hukum hudud disebabkan persepsi salah terhadap maksud hukum tersebut. “Hukum itu yang dilaksanakan pada sesetengah negara telah disalah guna menyebabkan salah faham dan gambaran negatif kepada orang ramai,’’ katanya

PKR dan DAP P.Pinang Berlaku Perang Dingin,Gara-gara Minit Mesyuarat PKR Bocor !!


GEORGETOWN - Adakah benar sedang berlaku perang dingin antara PKR dengan DAP Pulau Pinang yang turut melibatkan Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

 Dalam diam, komponen Pakatan Rakyat itu juga didakwa saling tidak mempercayai antara satu sama lain akibat ingin mempertahankan survival politik masing-masing di negeri ini.

 Bahang ini menjadi lebih panas apabila sejak seminggu lalu, heboh mengenai beberapa dokumen yang didakwa sebagai 'Minit Mesyuarat Strategik PKR PP' yang antara lain dikatkan turut mengandungi kecaman terhadap Guan Eng.

 Dalam minit yang didakwa dipengerusikan Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Mansor Othman yang juga Pengerusi PKR Pulau Pinang dan dihadiri lapan ahli jawatankuasa PKR Negeri antara lain membincangkan pelbagai perkara berkaitan PRU, calon yang akan bertanding, calon yang akan digugurkan serta 'habuan' yang boleh diraih jika PR berjaya menawan Putrajaya termasuk mengisi pelbagai jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan perkhidmatan diplomatik.-SH

Minit Mesyuarat Perancangan Strategik PKR Pulau Pinang – Siri 1 

PKR (PP) Strategic Meeting On Preparations for PRU13

ATTENDEES:-
Dr Mansor Othman – PKR Vice President, PKR State Liaison Committee Chairman and Penang Deputy Chief Minister
Felix Ooi – MPPP Councilor and Timb Ketua Bhgn PKR Bkt Bendera
Tan Seng Keat – MPPP Councillor and Timb Ketua Bhg Bayan Baru
Raymond Ong – Bekas calon DUN Batu Uban
Jason Ong – Adun Kebun Bunga n Ketua Bhgn Bkt Bendera
 Ng Cheng Siang- MPPP Councillor and Ketua Pemuda Bhgn Tanjung
 Cheah Peng Guan – Ketua Caw Batu Uban
Law Choo Kiang- State eco and Timb Ketua Phubungan Negeri
And John Ooi (the operative)

POINT 1
Mansor said – Penang scenario quite different with DAP’s drive now (DAP adalah dictator dalam pentadbiran negeri PP)
The incumbent chinese would stay (for PKR In the next PRU)
Lau will be there Hock Leong (ADUN Machang Bubuk) would be changed (he would be replaced in next PRU)

All incumbents except hock leong, i think u people have to convince him (convince hock leong not to stab in next PRU)
We have to put a young candidate (to replace hock leong)..bukan we dont like him as he has done a good job
 You as a group (attendees at this meeting) have to think..must prepare names and leave to pusat to decide To put young candidate..
You orang ada opinion..i will listen
Mansor said : On seats and candidacy..i leave it to pusat
 Thats why i said 5+ 1 (five state seats and 1 parliament to be contested by PKR)
We are considering hj razali to replace him there
 I look at the winning factor..maybe we have to look chinese who have more chance than malay in pantai jerejak (to win pantai jerejak)..decision is still pusat lah…

I have talked to felix and ready to stand there (Pantai jerejak) but up to pusat
Whatever pusat finalised we will support

BETWEEN THE LINES: DAP TIDAK SUKA DENGAN CALON CINA DARI PKR!

Question: Datuk what about DAP..die orang ada mintak dr kita ka?

Mansor replied : “I will not budge in..die mintak apapun. Because chinese candidate to them is ancaman la.. Orang kita yang entice to go there…(DAP sees PKR Chinese candidates as threat as they (PKR) can win. DAP despite being part of PR wants to kill off PKR in next PRU and control power in Penang by themselve)

 Statement: But i think this time there will no fight (for seats between dap and pkr) and remain status quo

To this Mansor replied: “Tak tentu.. belom finalised. Die (guan eng) very arogant i tell u..corky and arrogant. Its not easy. Now more arogant. Because die (guan eng) menang banyak. They (DAP) are sure of winning 19 and they want more. Because by two more they can form their own govt and they can any tw from us (PKR) to be on their side and abandon us (PKR).

” Akan ada siri seterusnya dalam ‘verbatim’ report mengenai mesyuarat ini. Apa yang nyata adalah perkara-perkara berikut:-

DAP PP dan PKR PP sedang ‘berlawan’ sesama sendiri untuk mendapatkan kerusi yang lebih;
LGE dan DAP PP mahu menang dengan lebih besar dan tidak memerlukan sokongan PKR/PAS;
 Dr Mansor dan LGE juga ada isu ‘peribadi’ – tidak sependapat;
Ramai calon PKR yang akan diganti (sebab – performance dan tidak mendapat sokongan rakyat); PKR akan menyediakan lebih daripada satu list (bagi disesuaikan dengan keadaan);
Tidak ada kerjasama langsung setakat ini. Masing-masing menjaga parti masing-masing;

Komentar KP : Inikah yang dinamakan Pakatan Rakyat??...sesama parti sendiri saling tak percaya sama sendiri...PKR pun tak suka kat DAP sebab nak minta kerusi lebih dari PKR dan sanggup berlawan sesama parti untuk rebut kerusi..Beginikah pakatan yang dicanang untuk ke Putrajaya?? Kalau macam inilah barisan pembangkang yang nak jadi kerajaan..lebih baik kirim salam sudah la...drama cium mulut DAP dan PKR sudah terbongkar dek kerana bocornya minit mesyuarat PKR ini.Mansor tak usah lagi berdrama dan sudah nyata akan kebenciannya terhadap DAP Sudah tiba masanya buat BN dan UMNO P.Pinang untuk take advantage isu ini untuk menunjukkan bahawa PR yang diharapkan sebenarnya berlakon sahaja di depan rakyat,dibelakang ,,mereka berkelahi dan membenci sesama sendiri.

Psttt :- nantikan siri ke-2 minit mesyuarat PKR yang menghentam Lim Guan Eng dan DAP kerana diktatornya mereka.

Wednesday, August 22, 2012

Majlis Rumah Terbuka Anwar Hambar !! Petanda Anwar Kian Ditolak Rakyat


Sambutan yang agak hambar pada Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Pembangkang ,Anwar Ibrahim pada hari raya kedua yang lalu menunjukkan bahawa cerita yang diwar-warkannya bahawa rakyat menolak BN dan kini ramai menyokong PR sangatlah meleset sama sekali.

Kehadiran yang kira-kira seribu orang sahaja di Majlis Rumah Terbuka yang diadakan beliau di Dataran Rakyat Taman Guar Perahu dalam Parlimen Permatang Pauh itu dilihat tidak mendapat sambutan seperti mana yang sepatutnya diterima kepada pemimpin yang dicanang untuk menjadi PM jika PR menang PRU-13 .

Beginikah sambutan kepada bakal PM Malaysia boneka DAP ??Jika di kawasan Permatang Pauh pun gagal menarik puluhan ribu rakyat untuk bersama dia di Majlis Rumah Terbuka yang turut dihadiri oleh TYT P.Pinang,bagaimanakah dia ingin mempertahankan Permatang Pauh pada PRU-13 seperti yang dilaporkan oleh media ?? Rakyat dikawasan parlimen sendiri pun sudah menolak kehadiran dia.





Jika dibandingkan dengan Majlis Rumah Terbuka Perdana Menteri yang dihadiri oleh puluhan ribu rakyat tanpa mengira kaum...seperti langit dan bumi...untuk dibandingkan dengan rumah terbuka Anwar


Puluhan ribu rakyat hadiri Majlis Rumah Terbuka PM Malaysia


Berasak-asak menuju ke Majlis Rumah Terbuka PM di Seri Perdana,Putrajaya