“ Mereka telah memberi persepsi salah mengenai hukum ini umpama dalam kes rogol, ramai bukan Islam seperti Pengerusi DAP, Karpal Singh faham bahawa perlu empat saksi bagi mengadili penjenayah, jika kawan sudah lama tidak faham bagaimana dengan rakyat biasa.
“Ia adalah gambaran salah yang cuba diberikan hingga menimbulkan persepsi negatif kerana tidak boleh membawa keadilan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas pendirian Karpal yang mengulangi pendiriannya menentang keras hukum hudud dengan menyifatkan ia mustahil dipraktikkan di negara ini.
Tambah Mohd. Asri, Pas perlu menyemak semula tafsiran hudud yang dicanangkan agar ia adalah yang benar dan tepat. “Kita tidak mahu menimbulkan salah faham kepada orang bukan Islam. Jika mereka faham bagaimana hudud sebenar, ia tidak akan ditolak.
“ Kritikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengenai enakmen hukum hudud yang dibuat Pas adalah betul, ini kerana orang tidak mempertikaikan Islam, tetapi melihat enakmen yang dibuat oleh parti itu tidak lengkap," jelasnya.
Menurut Mohd. Asri, adalah sesuatu yang biasa apabila bukan Islam di seluruh dunia tidak bersetuju dengan hukum hudud disebabkan persepsi salah terhadap maksud hukum tersebut. “Hukum itu yang dilaksanakan pada sesetengah negara telah disalah guna menyebabkan salah faham dan gambaran negatif kepada orang ramai,’’ katanya
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.