Thursday, August 23, 2012

PKR dan DAP P.Pinang Berlaku Perang Dingin,Gara-gara Minit Mesyuarat PKR Bocor !!


GEORGETOWN - Adakah benar sedang berlaku perang dingin antara PKR dengan DAP Pulau Pinang yang turut melibatkan Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

 Dalam diam, komponen Pakatan Rakyat itu juga didakwa saling tidak mempercayai antara satu sama lain akibat ingin mempertahankan survival politik masing-masing di negeri ini.

 Bahang ini menjadi lebih panas apabila sejak seminggu lalu, heboh mengenai beberapa dokumen yang didakwa sebagai 'Minit Mesyuarat Strategik PKR PP' yang antara lain dikatkan turut mengandungi kecaman terhadap Guan Eng.

 Dalam minit yang didakwa dipengerusikan Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Mansor Othman yang juga Pengerusi PKR Pulau Pinang dan dihadiri lapan ahli jawatankuasa PKR Negeri antara lain membincangkan pelbagai perkara berkaitan PRU, calon yang akan bertanding, calon yang akan digugurkan serta 'habuan' yang boleh diraih jika PR berjaya menawan Putrajaya termasuk mengisi pelbagai jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan perkhidmatan diplomatik.-SH

Minit Mesyuarat Perancangan Strategik PKR Pulau Pinang – Siri 1 

PKR (PP) Strategic Meeting On Preparations for PRU13

ATTENDEES:-
Dr Mansor Othman – PKR Vice President, PKR State Liaison Committee Chairman and Penang Deputy Chief Minister
Felix Ooi – MPPP Councilor and Timb Ketua Bhgn PKR Bkt Bendera
Tan Seng Keat – MPPP Councillor and Timb Ketua Bhg Bayan Baru
Raymond Ong – Bekas calon DUN Batu Uban
Jason Ong – Adun Kebun Bunga n Ketua Bhgn Bkt Bendera
 Ng Cheng Siang- MPPP Councillor and Ketua Pemuda Bhgn Tanjung
 Cheah Peng Guan – Ketua Caw Batu Uban
Law Choo Kiang- State eco and Timb Ketua Phubungan Negeri
And John Ooi (the operative)

POINT 1
Mansor said – Penang scenario quite different with DAP’s drive now (DAP adalah dictator dalam pentadbiran negeri PP)
The incumbent chinese would stay (for PKR In the next PRU)
Lau will be there Hock Leong (ADUN Machang Bubuk) would be changed (he would be replaced in next PRU)

All incumbents except hock leong, i think u people have to convince him (convince hock leong not to stab in next PRU)
We have to put a young candidate (to replace hock leong)..bukan we dont like him as he has done a good job
 You as a group (attendees at this meeting) have to think..must prepare names and leave to pusat to decide To put young candidate..
You orang ada opinion..i will listen
Mansor said : On seats and candidacy..i leave it to pusat
 Thats why i said 5+ 1 (five state seats and 1 parliament to be contested by PKR)
We are considering hj razali to replace him there
 I look at the winning factor..maybe we have to look chinese who have more chance than malay in pantai jerejak (to win pantai jerejak)..decision is still pusat lah…

I have talked to felix and ready to stand there (Pantai jerejak) but up to pusat
Whatever pusat finalised we will support

BETWEEN THE LINES: DAP TIDAK SUKA DENGAN CALON CINA DARI PKR!

Question: Datuk what about DAP..die orang ada mintak dr kita ka?

Mansor replied : “I will not budge in..die mintak apapun. Because chinese candidate to them is ancaman la.. Orang kita yang entice to go there…(DAP sees PKR Chinese candidates as threat as they (PKR) can win. DAP despite being part of PR wants to kill off PKR in next PRU and control power in Penang by themselve)

 Statement: But i think this time there will no fight (for seats between dap and pkr) and remain status quo

To this Mansor replied: “Tak tentu.. belom finalised. Die (guan eng) very arogant i tell u..corky and arrogant. Its not easy. Now more arogant. Because die (guan eng) menang banyak. They (DAP) are sure of winning 19 and they want more. Because by two more they can form their own govt and they can any tw from us (PKR) to be on their side and abandon us (PKR).

” Akan ada siri seterusnya dalam ‘verbatim’ report mengenai mesyuarat ini. Apa yang nyata adalah perkara-perkara berikut:-

DAP PP dan PKR PP sedang ‘berlawan’ sesama sendiri untuk mendapatkan kerusi yang lebih;
LGE dan DAP PP mahu menang dengan lebih besar dan tidak memerlukan sokongan PKR/PAS;
 Dr Mansor dan LGE juga ada isu ‘peribadi’ – tidak sependapat;
Ramai calon PKR yang akan diganti (sebab – performance dan tidak mendapat sokongan rakyat); PKR akan menyediakan lebih daripada satu list (bagi disesuaikan dengan keadaan);
Tidak ada kerjasama langsung setakat ini. Masing-masing menjaga parti masing-masing;

Komentar KP : Inikah yang dinamakan Pakatan Rakyat??...sesama parti sendiri saling tak percaya sama sendiri...PKR pun tak suka kat DAP sebab nak minta kerusi lebih dari PKR dan sanggup berlawan sesama parti untuk rebut kerusi..Beginikah pakatan yang dicanang untuk ke Putrajaya?? Kalau macam inilah barisan pembangkang yang nak jadi kerajaan..lebih baik kirim salam sudah la...drama cium mulut DAP dan PKR sudah terbongkar dek kerana bocornya minit mesyuarat PKR ini.Mansor tak usah lagi berdrama dan sudah nyata akan kebenciannya terhadap DAP Sudah tiba masanya buat BN dan UMNO P.Pinang untuk take advantage isu ini untuk menunjukkan bahawa PR yang diharapkan sebenarnya berlakon sahaja di depan rakyat,dibelakang ,,mereka berkelahi dan membenci sesama sendiri.

Psttt :- nantikan siri ke-2 minit mesyuarat PKR yang menghentam Lim Guan Eng dan DAP kerana diktatornya mereka.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.