Bekas Ketua Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin berkata, mereka berpendapat selagi Pas berada dalam pakatan tersebut, perjuangan Islam yang selama ini menjadi asas perjuangan parti tersebut akan terus dikekang hebat oleh DAP.
Ujarnya, ia merupakan satu hakikat yang berlaku dan atas sebab itu golongan ulama di dalam Pas perlu tampil meminta pucuk pimpinan parti mengkaji semula kerjasama parti tersebut dengan DAP serta Parti Keadilan Rakyat (PKR).
“Rata-rata ahli akar umbi yang saya temui menyifatkan kenyataan Karpal sebagai kurang ajar dan biadab kerana ia melibatkan kesucian Islam dan kepentingan umat Islam. Ini bukan soal Pas tetapi soal Islam dan umat Islam.
Komentar KP : Sudah mula nampaknya kini bibit-bibit kemarahan oleh ahli akar umbi PAS terhadap kebiadapan DAP dalam mengeluarkan kenyataan keras terhadap PAS.Pemimpin PAS atasan yang terdiri daripada parasit-parasit PAS pasti tidak senang duduk lagi dengan kenyataan bekas Ketua Dewan Pemuda PAS P.Pinang ini yang seringkali telah membangkitkan ketidakpuasan hati terhadap tindak tanduk rakan dalam Pakatan Rakyat yang seringkali memaki dan memperlekeh perjuangan Islam daripada PAS.
http://amenoworld.blogspot.com/2012/08/ilmu-setuju-umat-islam-sokong-dap-haram.html
ReplyDelete