Monday, August 6, 2012

Mulut @hairieothman Tetap Lancang Walaupun Berpuasa


Apabila terlalu ghairah dalam menimbulkan persepsi kadang-kadang boleh memakan diri, itulah yang terjadi kepada ‘bekas’ personaliti yang suatu ketika dulu memang amat kami kagumi kerana bakat lakonanya iaitu Hairie Othman.

 Pada jam 2.48 petang satu kenyataan twitter dari Hairi yang bercorak ‘teori konspirasi’ telah dikemaskini dengan tulisan “Najib dah Nazak.. Mahyudin kena baca yassin, Rais jadi anak yatim.. teori UMNO dah nak berkubur ha3″




Dengan andaian ianya hanyalah satu bentuk gurauan kasar dan mungkin untuk menambah nilai personaliti Hairi sendiri kepada para penyokongnya yang ingin disifatkan sebagai lantang bersuara.

Tetapi sebaliknya yang berlaku apabila perbuatan tersebut menerima kritikan dan juga kecaman atas laku yang tidak profesional dan lebih kepada kebudak – budakan. Itu apa yang dapat kami baca di Twitter

 Teringat sewaktu di sekolah rendah beginila sifat kami yang sering kali mengunakan nama bapa untuk tujuan mengejek rakan rakan yang lain. Tak sangka pula ‘tradisi’ ini masih diguna pakai dizaman moden ini. - BuahMulut



KP masih ingat akan peringatan yang ditinggalkan oleh Baginda Nabi Muhammad S.A.W dalam satu hadith :

"لَيْسَ الصِّيَامُ مِنَ الأَكْلِ وَالشُّرْبِ إِنَّمَا الصِّيَامُ مِنَ اللَّغْوِ وَالرَّفْثِ." 

 Bermaksud : " Bukanlah berpuasa itu menahan diri daripada makan dan minum sahaja, akan tatapi berpuasa itu juga menahan diri daripada berkata-kata dengan perkataan-perlataan yang kotor dan kata-kata kesat ". 

Jadi,KP rasa rugi sahajalah orang yg berpuasa hanya mendapat lapar dan dahaga semata-mata sebab kelancangan mulut dan tangannya menaip untuk mencerca sesama umat Islam.Nasihat KP ,berhenti dan buatlah genjatan senjata pada bulan mulia ini dari memaki dan mencerca orang lain,takut-takut sia-sia sahaja puasa kita seharian.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.