Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah Darul Aman telah memutuskan bahawa status majalah "Mangga" menurut syara' adalah haram kerana mempamerkan wanita-wanita ataupun lelaki yang mendedahkan aurat dan ianya bertentangan dengan syariat.
Keputusan fatwa ini telah dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri Kedah Darul Aman dan disahkan sendiri oleh Mufti Negeri Kedah Darul Aman,Dato' Paduka Syeikh Muhammad Baderudin B. Hj. Ahmad
Rasulullah S.A.W pernah bersabda dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh ulama-ulama hadis, antaranya Muslim, dan diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudri r.a., sabda Rasululah s.a.w. yang bermaksud;
“Sesiapa di kalangan kamu melihat perkara mungkar maka hendaklah dia mengubah dengan tangannya, sekiranya tidak mampu maka dengan lidahnya, sekiranya tidak mampu lagi maka dengan hatinya dan dengan yang demikian itu (dengan hati itu) adalah sedaif-daif iman.”
Jadi,ini satu usaha kecil KP dalam mencegah kemungkaran mengikut kemampuan kita sendiri.
psttt- Dulupun ,majalah mangga ini pernah mendapat jolokan sebagai majalah porno malaysia kerana terlalu banyak gambar artis yang menjolok mata dan aksi tepi kolam oleh sang perkasa lelaki dan si ayu wanita yang tidak menutup aurat
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.