Ketua Penerangan dan Biro Publisiti BN, Datuk Ahmad Maslan berkata, tema yang dipilih pembangkang, yang diumumkan semalam, hampir mempunyai persamaan dengan konsep 1 Malaysia. Menurutnya, tema yang digubah oleh PR itu meniru konsep kerajaan dan tidak sedikit pun merubah makna asal 1 Malaysia.
“Itu hampir serupa dengan konsep 1 Malaysia. “Ya, konsep 1 Malaysia ditiru oleh pembangkang bila mencadangkan tema itu,” katanya yang juga Ketua Penerangan Umno kepada Sinar Harian Online hari ini.
Semalam, Ahli Jawatankuasa Tema Hari Kemrdekaan yang diwakili PR mencadangkan tema Sebangsa Senegara Sejiwa yang dikatakan lebih neutral dan memberi gambaran kebersamaan rakyat serta negara tanpa ada sebarang agenda politik.
Pengerusinya, Datuk A. samad Said sepakat memilih tema yang dikirim oleh Al Haimi Adam iaitu Senegara Sebangsa Sehati Sejiwa dan disesuaikan dengan keadaan negara supaya tidak menyentuh isu sensitif, siasah, perkauman dan telah diperhalusi sebanyak mungkin.
Sementara itu, Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, tema tersebut yang ditiru PR tidak boleh dikatakan tema baharu dan tidak perlu diambil kira kerana telah sama dengan makna asal konsep 1 Malaysia.
“Memanglah kita sebangsa Malaysia yang ada pelbagai kaum, senegara Malaysia satu-satunya tiada yang lain dan sejiwa patriotik mencintai negara,” katanya lagi.
Sebelum ini, Ahmad pernah berkata keputusan untuk memilih tema Hari Kemerdekaan yang sesuai terletak pada kerajaan dan beliau meminta PR tidak mudah melatah serta berfikir secara lebih universal bukan berdasarkan persepsi politik sahaja.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim menjelaskan tiada logo rasmi digunakan bagi sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 tahun ini, melainkan logo 1Malaysia sepertimana sambutan pada tahun lepas dan tema ‘Merdeka 55 Tahun Janji di Tepati’ tetap diguna pakai. – Sinar Harian
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.