Wednesday, August 1, 2012

Bekas Kekasih Ceritakan Hal Sebenar Mengenai Abby Abadi


Mantan teman lelaki Abby Abadi, Zul Ariffin, memberitahu dia sebenarnya tidak terkejut dengan tindakan Abby yang sangat lantang melontarkan pandangan. Jelas Zul, Abby yang dikenalinya memang seorang yang berani menyuarakan pendapat jika percaya dengan sesuatu isu.

 “Sebenarnya saya tidak berapa tahu tentang penglibatan Abby dalam parti politik ini. Terdengar orang bercerita sahaja. Tapi saya tahu dia sudah memakai tudung sebab dia banyak memuat naik gambarnya di laman sosial Facebook dan Twitter.

 Kalau mahu saya komen tentang kelantangannya menyuarakan pendapat, saya rasa itu bukan satu perkara yang memeranjatkan. Abby memang begitu. Dia berani suarakan pendapat.

Cuma saya tidak sangka pula dia ingin membabitkan diri dalam bidang politik. Ketika kami berkawan dulu, dia tidak pernah pula sebut tentang itu,” ujar Zul yang ditemui ketika majlis berbuka anjuran Astro Shaw dan Tayangan Unggul pada Selasa.

 Dalam masa yang sama, jejaka berusia 26 tahun ini juga menyatakan dia percaya Abby tahu yang terbaik untuk dirinya. Namun, kurang bersetuju dengan pandangan Abby tentang masa depan industri hiburan di bawah pentadbiran pucuk pimpinan sekarang ini.

 “Susah juga hendak komen tentang perkara ini. Masing-masing pasti punya pendapat sendiri. Namun, saya kurang bersetuju apabila Abby kata artis bertudung seperti dia pasti susah hendak mendapat tawaran berlakon andai pucuk pimpinan sekarang masih menerajui pentadbiran negara.

 Ini kerana saya lihat ramai artis bertudung sekarang ini masih mendapat tempat di dalam industri. Mereka ditawarkan watak yang bersesuaian dengan personaliti mereka.

 Jika dilihat dalam konteks yang lebih besar, rasanya kerajaan sekarang ini tidak pernah mengabaikan golongan bertudung.

 Mereka mendapat peluang pekerjaan yang sama seperti orang lain. Mungkin lebih baik jika Abby tidak mencampurkan urusan politik dengan industri hiburan,” ujar Zul lagi.

2 comments:

  1. dulu kene tinggal ngn laki, org simpati kt dia. pas tu kwn ngn zul pun kene tinggal org masih lg simpati. skg ni dh tau perangai dia yg sebenar, rasanye dh tak de org nk simpati kot! meluat lg ade.. mulut lancang

    ReplyDelete
  2. Saya cabar oztzah Abby seperti berikut:
    1.Tahukah kau mencukor bulu kening apa hukum nya?Kening jangan dicukor wahai Qztazah half past six!
    2. Bertuding litop tapi dengan warna tudong yang menarik serta berstyle apa tujuan nya? Mencari peminat lah tu
    Kalau berniat nak membina rumah di syurga ikut langkah uztazah Pas yang tulin pakailah jubah yang laboh berwarna yang tak menarik, hitam, hijau gelap, chocolate tua baru bolih dipercayai kau sudah tinggalkan dunia hiburan kau. Takut2 janda abby join Pas ada udang disebalik batu. Bertanyalah dengan Hatun Din bab2 ini/

    ReplyDelete

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.