"Filem ini diterbitkan oleh syarikat saya dan Finas. Bagi pihak yang tidak senang dengan penghasilan filem ini, mereka sepatutnya memahami peraturan iaitu datang berjumpa dengan pihak Finas atau Pesona Picture untuk bertanya. "Setahu saya, belum ada lagi individu yang memberi komen mengenai sesebuah filem menerusi promo yang ditonton," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada mStar Online di sini, Khamis.
Dalam perkembangan berkaitan Shumi berkata pihaknya akan mengadakan sidang media pada 13 Ogos depan bagi menjelaskan situasi filem tersebut. "Saya belum sempat membaca berita mengenai kenyataan pihak pembangkang tetapi saya telah dimaklumkan mengenainya. "Apa-apa pun, saya akan mengulas lebih lanjut pada sidang media nanti," ujarnya.
Komentar KP : Pertama kali dalam sejarah perfileman negara,filem yang belum lagi sempat ditayangkan sudah mula dipersoal dan dilabel sbg rasis ataupun perkauman.Mustafa Ali perlu diberi anugerah kerana bertindak sedemikian rupa mungkin menerima arahan daripada DAP yang tidak senang duduk jika keburukan yang pernah mereka calarkan sehingga mencetuskan peristiwa berdarah 13 Mei 1969
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.