Walaupun video sidang DUN Perak ini dirakam pada tahun lepas ,KP terkesan dengan apa yang ditarbiahkan oleh Menteri Besar Perak,Dato' Seri Zambry Abdul Kadir terhadap Nizar Jamaluddin yang tergamak menfitnah Ibu Menteri Besar Perak.
Inilah orang kata ,orang yg berilmu yang tidak beramal dengan ilmu yg dia ada.Nizar Jamaluddin patut malu dan sedar akan kesilapannya.
Penghinaan Nizar terhadap Jalur Gemilang sangat menampakkan beliau seorang yg tidak punya semangat patriotisme dan kenegaraan ,mana mungkin pemimpin sebegini diangkat menjadi barisan kepimpinan negara.Sepatutnya rakyat perlu sedar PR semakin hari semakin sudah tiada modal dan sanggup menghina bendera negera sendiri kerana bencikan BN.
Dia tidak pernah mengambil iktibar akan peristiwa di zaman Rasulullah dahulu dimana panji-panji dan bendara Islam akan berkibar megah ketika saat dimedan perang menjadi simbol semangat untuk tentera Islam berjuang bermati-matian untuk mempertahankan Islam.Perang Muktah menjadi saksi bagaimana 3 sahabat ulung Rasulullah gugur syahid tatkala ditugaskan oleh Rasulullah S.A.W untuk membawa panji-panji Rasulullah S.A.W sehingga terpaksa dilantik untuk orang lain memegang panji-panji terbabit selepas 3 sahabat baginda tersebut gugur syahid di jalan Allah.
Nizar sebenarnya perlu renung kembali apa jasanya kepada negara sehingga tergamak di mengeluarkan kenyataan sedemikian.
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.