Friday, August 17, 2012

Gempar !! Nasharuddin Mat Isa Disaman Karpal Singh


KUALA LUMPUR – Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh memulakan prosiding fitnah terhadap Nasharudin Mat Isa ekoran kenyataan bekas Timbalan Presiden Pas itu semalam berhubung pendirian beliau berkaitan isu hudud dan Islam.

 "Kenyataan Nasharudin bahawa saya bukan hanya menentang hudud malah menentang Islam, adalah tidak bertanggungjawab, tidak berasas dan kejam," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 Dipetik Bernama hari ini, Nasharudin mempersoal pakatan politik Pas dengan pihak yang 'menentang Islam'. Artikel itu memetik beliau sebagai berkata, "Karpal Singh bukan hanya menentang hudud, malah Islam".

 Dalam reaksinya, Karpal, yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor, berkata kenyataan Nasharudin bahawa beliau menentang Islam, tidak mendapat sokongan Pas.

 Nasharudin, katanya, kini hanyalah 'ikan bilis' dalam Pas dan kenyataan beliau tidak mencerminkan pendirian parti itu. "Memandangkan dakwaan serius telah dibuat terhadap saya, saya tidak mempunyai pilihan selain memulakan prosiding fitnah terhadap Nasharudin," katanya.

Komentar KP : Akhirnya,Karpal Singh sudah mula bimbang dengan kenyataan oleh Nasharudin terhadapnya yang anti Islam dan memulakan saman fitnah terhadap Nasharuddin.Pemimpin PAS kini dalam dilema selepas kenyataan Nasharudin itu telah melukakan hati pemimpin suci DAP Karpal Singh yang sememang diketahui sejak dari dahulu begitu kuat menentang perlaksanaan negara dan hukum Islam.Rakyat perlu lihat kini bagaimana PAS hanya membiarkan Nasharuddin keseorangan dihentam pelbagai pihak termasuklah daripada pemimpin partinya sendiri dalam usaha beliau untuk tetap istiqamah dalam mempertahankan Islam dari diherdik oleh DAP sewenang-wenangnya

1 comment:

  1. kita sokong ustaz nasa, kembalikan kegemilangan PAS, TERUSKAN PERJUANGAN UNTUK ISLAM,..MANA MAT SABU, MANA HADI, MANA NIK AZIZ, ISLAM DI KOTAK KATIK APA KAMU SEMUA BUAT....GILA POLITIK

    ReplyDelete

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.