Friday, August 17, 2012

Lim Guan Eng Kini Bergelar Broker Tanah Utama Di P.Pinang


Skandal penjualan tanah Taman Manggis oleh kerajaan negeri P.Pinang kini sudah diketahui oleh orang ramai terutamanya masyarakat cina di P.Pinang.Dulunya ,UMNO kerap menjadi mangsa kerana menyerang Ketua Menteri paling celaka ini dengan pelbagai pembongkaran, penyelewengan dan penindasan terhadap rakyat P.Pinang terutamanya orang-orang Melayu sehingga DAP melabelkan UMNO sebagai rasis.

Kini,masyarakat cina yang menjadi batu loncatan kepada Lim Guan Eng untuk berkuasa di P.Pinang sudah sedar akan penyelewengannya dan akhbar-akhbar cina terutamanya sudah memainkan isu penyelewengan tanah regim DAP di P.Pinang.Kini,Lim Guan Eng boleh dilabelkan sebagai Malaysia' Top Land Broker kerana dia menggunakan kuasanya sebagai CM dan pejabat Ketua Menteri untuk menjadi broker tanah terhadap tanah-tanah kerajaan negeri yang mana kini sudah banyak dijual oleh CM yang tak guna ini demi mengaut kuntungan cepat dan pembangunan mewah di P.Pinang.

Kini ,Guan Eng dicabar oleh Pemuda Barisan Nasional P.Pinang untuk menjualkan tanah itu kepada mereka jika benar CM tidak ada kepentingan di dalam jual beli tanah tersebut.Ada beranikah Guan Eng ??

PULAU PINANG 15 Ogos - Pemuda Barisan Nasional (BN) negeri mencabar Ketua Menteri, Lim Guan Eng menjual tanah kosong di Taman Manggis, Jalan Zainal Abidin di sini kepada mereka bagi membolehkan projek perumahan rakyat (PPR) diteruskan seperti yang telah dirancang sebelum ini. 

Ketuanya, Oh Tong Keong (gambar) berkata, pihaknya sedia membeli tanah tersebut pada harga pasaran RM450 sekaki persegi dengan jumlah keseluruhan RM21,562,200. Tegasnya, tanah tersebut hanya akan dibeli daripada Guan Eng dan bukan pihak lain kerana Setiausaha Agung DAP itu yang mencabar mereka membelinya sebelum ini. 

"Pemuda BN akan mengumpul wang itu daripada orang ramai dan pemaju yang menyokong kami berbuat demikian demi rakyat Pulau Pinang. "Sekiranya berjaya membeli tanah berkenaan, kami tetap melaksanakan rancangan kerajaan BN sebelum ini iaitu membina satu blok tambahan PPR kedua," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

 Pemuda BN negeri sebelum ini melahirkan kekesalan dengan tindakan kerajaan negeri menjual tanah seluas 0.45 hektar di Taman Manggis kepada sebuah syarikat pemaju yang akan membangunkan hospital swasta. Tanah itu sepatutnya dibangunkan dengan rumah kos rendah sebanyak 272 unit bagi projek fasa kedua selepas 320 unit fasa pertama siap beberapa tahun lalu. 

Sementara itu, Tong Keong memberitahu, pihaknya akan memohon peruntukan Kerajaan Pusat bagi melaksanakan PPR fasa kedua di atas tapak berkenaan jika berjaya membelinya. 

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.