Majlis fatwa Kebangsaan tidak akan mengambil tindakan terhadap Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Saamah berikutan kenyataannya, haram dan berdosa umat Islam menyokong DAP.
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, ini kerana kenyataan Abdullah tidak sama sekali bercanggah dengan Islam, bahawa adalah haram dan berdosa umat Islam menyokong DAP yang terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud.
“Tidak perlu tindakan terhadapnya, kerana kenyataannya itu selari dengan Islam yang jelas haram bagi umat Islam menyokong DAP,” katanya mengulas saranan Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Maszlee Malik yang meminta Majlis Fatwa Kebangsaan berani mengambil tindakan dan menegur Abdullah Samaah.
Menurut Maszlee, kenyataan itu mencetuskan provokasi dan mungkin membuka jalan kepada ekstremis bangsa serta golongan subversif menumpahkan darah ahli-ahli DAP.
Ulama dari Kelantan Tuan Guru Hj Abdullah Saamah An -Najmiah baru kata " Haram & berdosa Sokong DAP " . Tetapi seorang pensyarah Melayu Islam bernama Dr Maszlee sanggup pertahan parti chauvinis & rasis ini dengan spin & memutar belitkan kenyataan ulama kononnya merbahaya dan boleh menumpahkan darah ahli-ahli DAP .
Awat yang bangang sangat kenyataan ini ?? Beliau hanya bercakap haram dan berdosa umat Islam menyokong DAP yang jelas selari dengan Islam dan terdapat dalam dalil Al Quran .
Apa yang dinyatakan oleh Tok Guru Abdullah adalah berasaskan kepada ayat al-Quran dari surah al-Muntahanah ayat 9 :
إِنَّمَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ قَاتَلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَأَخْرَجُوكُم مِّن دِيَارِكُمْ وَظَاهَرُوا عَلَى إِخْرَاجِكُمْ أَن تَوَلَّوْهُمْ وَمَن يَتَوَلَّهُمْ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ
` Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.’
Berdasarkan kepada ayat al-Quran itu jelaslah bahawa umat Islam tidak dibenarkan menyokong mereka yang menentang Islam,
Apakah Dr Maszlee nak pertikai dalil Al Quran ini demi politik & pertahankan DAP ??
Selain itu , sejak bila Abdullah Samaah memberi lampu hijau untuk umat Islam pergi berperang dengan DAP ? Adakah dalil dalam Al Quran di atas ini menyatakan jangan mengambil kafir ini sebagai teman rapat sama seperti memerangi DAP dimaksudkan Dr Maszlee ?
Haram & berdosa menyokong DAP adalah maksud berbeza dengan memerangi DAP . Parti PAS pun pernah berkata haram mengundi BN kerana berkawan dengan kafir . Kenapa beliau tak kata PAS pun mengajak ahlinya berperang dengan BN yang terdiri daripada parti komponen bukan Islam ?
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.