Sunday, August 12, 2012

Muhammad Nur Manuty Kata Istilah Kafir Harbi Sudah Tidak Relevan


KUALA LUMPUR, 12 Ogos — Konsep “kafir harbi” dalam Islam moden sudah tidak lagi relevan kerana masyarakat kini mahukan keadilan dan kesamarataan, jelas pengerusi biro pemahaman dan pemantapan agama PKR, Dr Muhammad Nur Manuty hari ini.

 Kenyataan dari Tuan Guru Haji Abdullah Samaah baru-baru ini mengatakan bahawa mengundi DAP adalah haram kerana “menyokong kafir harbi yang memerangi agama”.

 “Ketika umat Islam tergabung dalam sebuah entiti dunia yang terbahagi di antara warga Muslim dan bukan Muslim yang berimbangan serta semakin bersifat global, maka kedudukan kafir harbi dan kafir zimmi sudah tidak praktikal lagi,” kata beliau dengan merujuk dari pandangan Sheikh Rashid Ghanoushi, ketua parti al-Nahdah di Tunisia."

 “Justeru, beliau menganjurkan konsep al-muwatinun (kewarganegaraan) diguna pakai sebagai alternatif yang praktis." “Fahmi Huwaidi, seorang pemikir Islam dari Mesir, secara khusus, menyetujui pandangan Sheikh al-Ghanoushi. Beliau telahpun menghasilkan sebuah karya yang berjudul Uwatinun La Zimmiyyun (Kewarganegaraan Bukan Zimmi)."

 “Karya beliau yang bersifat ijtihadi dalam konteks pemikiran politik Islam semasa ini, amat bermanfaat untuk ditelaah secara kritis guna meleraikan polemik yang sedang digembar-gemburkan ini,” katanya lagi. Kata beliau lagi, ini merupakan kenyataan orang-orang pelampau agama demi mengekalkan kedudukan mereka dalam politik.

 “Setelah hampir 54 tahun, Umno masih lagi bermain isu lapuk dan terus menjadikan Melayu menjadi keliru dan bingung. “PKR berpandangan bahawa dengan sikap yang diperagakan ini, nyatalah UMNO telah begitu terdesak dan bankrap dalam menarik sokongan rakyat Malaysia seluruhnya, sehingga terpaksa memperalatkan pandangan seperti ini sebagai alat propaganda politik murahan. 

“Jelas dan nyata, UMNO tidak layak lagi diamanahkan mengurus negara selepas pilihan raya umum ke 13 nanti, kerana telah kehilangan arah, hilang kawalan diri dan tandus formula mengemudi rakyat kearah kegemilangan masa depan,” kata Muhammad dalam kenyataan media yang dihantar kepada The Malaysian Insider hari ini.-TMI

Komentar KP : Hairan jugak,apabila ada umat islam sendiri menolak istilah kafir harbi demi mempertahankan rakan dalam pakatannya sedangkan istilah ini sudah diperbahaskan dan menjadi ijmak oleh Ulama Salaf  dan khalaf sejak zaman -berzaman lagi semenjak kedatangan Islam yang dibawa oleh Baginda Nabi Muhammad .S.A.W.

Sikap berijtihad atas nafsu sendiri seperti  ini sangat dibimbangi kerana inilah perosak -perosak agama yang disebut-sebut oleh para ulama' silam demi menegakkan kebenaran pembohongan mereka.

Jangankan kerana DAP ,meletakkan Islam yg merupakan agama kita kepada tempat kedua dan ketiga.Renungilah apa yg difirman oleh Allah S.W.T di dalam Al Quran :

"Allah tidak melarang kamu berbuat baik dan adil terhadap orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berlaku adil. "

"Sesungguhnya Allah hanya melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang yang zalim."(Surah Al Mumtahanah Ayat 8-9)

Jadi,pandangan daripada Ulama Ahlus Sunnah Wal Jamaah daripada Pondok Geting Tumpat Kelantan,Tuan Guru Hj Abdullah Sa'amah An-Najmiah mengenai haram jika umat islam menyokong DAP sangat tepat kerana ini bertepatan dengan apa yang difirmankan oleh Allah seperti dalam ayat diatas.Sudah tiba masanya umat islam sedar dan jangan asyik dibodohkan dengan dongeng agenda PAS yang akhirnya tak kemana pun selagi mereka berpakat dengan DAP dan PKR


No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.