Sunday, August 12, 2012

Tamrin Mufaraqah Daripada UMNO,Sertai PAS


SHAH ALAM – Anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Ghafar Baba, Datuk Tamrin akhirnya menyertai Pas dengan menyerahkan borang keahlian malam tadi.

 Ghafar menyerahkan borang keahlian kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada majlis peringatan Badar Al Kubra di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad, Gombak malam tadi.

Tamrin merupakan bekas Adun Ayer Molek dan pernah menjadi Ahli Parlimen Batu Berendam selain bekas Pengerusi Majlis Amanah Rakyat. Harakahdaily memetik Tamrin berkata, beliau tidak terburu-buru membuat keputusan meninggalkan Umno.

 Sebaliknya beliau mula memikirkan tindakan tersebut selepas melihat Umno tergelincir daripada landasan membela rakyat. "Saya tidak buat keputusan ini terburu-buru tapi sejak lama dah saya fikir. Umno terkeluar daripada landasan membela nasib rakyat sejak 90-an lagi. "Pelbagai perkara dilakukan termasuk menghina ulama.

Walaupun ketika itu saya masih dalam Umno tapi saya tak setuju mereka hina ulama," kata beliau. Laporan itu menyebut Tamrin turut berjanji akan membantu Pas dengan bersungguh-sungguh untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13.

 Beliau turut mengakui pemimpin-pemimpin Pas tidak boleh dijual beli.

 "Saya kenal Mat Sabu dan (Tuan Guru) Datuk (Seri) Abdul Hadi (Awang) dah lama.

 "Mat Sabu tak pernah pun ajak saya masuk Pas tapi saya yang selalu suruh dia tinggalkan Pas," katanya.-SH

Komentar KP : Selepas Lajim Ukim,kini seorang lagi pengkhianat dan duri dalam daging UMNO telah pun keluar daripda UMNO.Tamrin ada ataupun tidak dalam UMNO,ia tidak membawa sebarang perubahan pun kepada UMNO dan aku rasa pengkhianat ini sepatutnya keluar lebih awal lagi.Dia sudah lupa diri dan jasa UMNO kepada dia selama ini 

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.