Friday, August 3, 2012

Rafizi Mengaku Bersalah !!


Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli telah mengaku bersalah kerana mengabaikan peruntukan Akta BAFIA (Bank dan Institusi Kewangan) 1989 dalam pendedahannya berkaitan dakwaan penyelewengan dana NFC (National Feedlot Corporation).

 “Saya mengaku saya tidak melihat secara terperinci tentang BAFIA masa itu. Sebab pada tanggapan kita, ianya benda biasa. Namun apabila saya teliti dan kaji, andai Yang Dipertuan Agong mendedahkan sesuatu lebih kurang sama untuk kepentingan awam, Agong juga harus masuk penjara,”katanya.

Pada 26 April lalu, Datuk Seri Dr Mohammad Salleh (Pengerusi NFC) Ismail telah membuat laporan polis berkenaan pendedahan maklumat peribadi perbankan dirinya. Mohamad Salleh mendakwa Rafizi menyebarkan butiran perbankan dan penarafan kredit syarikat NFC dan juga 4 lagi syarikat berkaitan (National Meat and Livestock Corporation Sdn Bhd, Real Food Company Sdn Bhd dan Agroscience Industries Sdn Bhd).

 Selain itu, dalam masa yang sama Rafizi juga didakwa telah mendedahkan butiran perbankan peribadi pengarah dan pemegang saham syarikat berkenaan tanpa keizinan mereka. Tindakan itu didakwa melanggar peruntukan undang-undang bawah Akta BAFIA (Bank dan Institusi Kewangan). 

Katanya, Rafizi telah “memperdaya media dan orang ramai dengan sengaja memutarbelit fakta” dengan mengatakan bahawa pengarah NFC menggunakan pinjaman mudah oleh kerajaan bagi mendapatkan pinjaman untuk membeli hartanah KL Eco City di Kuala Lumpur. 

“Tidak pernah apa-apa pinjaman dibuat untuk pelaburan KL Eco City,” jelas Mohamad Salleh menyangkal dakwaan Rafizi. Dalam masa yang sama, Mohamad Salleh juga turut membuat laporan kepada BNM (Bank dan Institusi Kewangan) ekoran Rafizi yang didakwa melakukan 21 kesalahan mengikut Akta BAFIA 1989.

 Rafizi didakwa melakukan kesalahan terbabit kepada media untuk tujuan politik. Beliau turut menyenaraikan nama Public Bank kepada BNM kerana bank tersebut gagal mematuhi perjanjian melindungi hak peribadi dan keselamatan pelanggannya.

 Sementara itu, Johari Mohamad (Bekas kerani Public Bank) yang bertanggungjawab menyalurkan maklumat sulit perbankan NFC kepada Rafizi mengaku telah meletakkan jawatan daripada bank itu pada 2 Mei lalu apabila majikannya memberi surat tunjuk sebab.

 “Saya telahpun melalui proses perbicaraan disiplin di Public Bank dan akibat tekanan di tempat kerja dan pelbagai tindakan yang diambil terhadap saya, saya telah membuat keputusan untuk berhenti kerja,” jelas Johari.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.