Presiden Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, misi kemanusiaan 56 orang termasuk doktor dan anggota media itu akan berada di Jordan sehingga 31 Oktober dengan membawa 300 tan bekalan makanan, perubatan dan pelbagai keperluan asas yang lain.
"Setiba di Jordan, anggota misi akan menuju ke kem pelarian Al-Mafraq, sebuah kawasan bersempadan dengan Syria, kira-kira 80 km dari ibu negara Jordan, Amman," katanya kepada pemberita di sini.
Turut hadir Duta Jordan ke Malaysia, Maher A. Lukasha. Abdul Azeez berkata kira-kira 60,000 rakyat Syria kini berada di kem Al-Mafraq serta beberapa kem lagi yang dibina oleh pihak berkuasa Jordan bagi menampung kemasukan rakyat Syria yang semakin bertambah selepas melarikan diri daripada konflik antara kerajaan dan pemberontak di negara mereka.
Beliau berkata selain makanan dan bekalan perubatan sukarelawan KP1M juga membawa selimut dan alat pemanas yang sangat diperlukan kerana cuaca sejuk di Jordan selain beg sekolah dan peralatan menulis untuk kegunaan pembelajaran kanak-kanak.
Katanya, duta Malaysia ke Jordan, Datuk Abdul Malek Abdul Aziz serta 70 pelajar Malaysia di Jordan akan menghulurkan bantuan kepada pasukan KP1M sepanjang mereka berada di negara itu. Sementara itu, Maher berterima kasih kepada kerajaan Malaysia dan KP1M kerana membantu pelarian Syria di Jordan.
"Bantuan kemanusiaan ini jelas menunjukkan keikhlasan rakyat Malaysia untuk membantu pelarian Syria yang pada masa ini berdepan pelbagai penderitaan. "Ia juga jelas menunjukkan semangat kerjasama yang baik antara Malaysia dan Jordan bagi membantu pelarian berkenaan," katanya. Maher berkata jumlah pelarian Syria yang berada di Jordan meningkat kepada lebih 200,000 orang setakat ini dan kira-kira 60,000 orang tinggal di kem-kem pelarian.
Katanya, kerajaan Jordan mewujudkan kem pelarian baru bagi memenuhi peningkatan jumlah pelarian dan pihak berkuasa Jordan akan membantu pasukan misi bantaun kemanusiaan KP1M bagi memastikan bekalan bantuan itu sampai kepada pelarian. - Bernama
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.