Saya tertarik untuk mengulas kenyataan bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim, yang memberi amaran kepada rakyat di negara ini, khususnya masyarakat Melayu, agar tidak terburu-buru memilih Anwar sebagai Perdana Menteri.
Menurutnya, Anwar hanyalah berjawatan Perdana Menteri pada namanya sahaja sedangkan DAP merupakan pihak yang memegang kuasa dan tampuk pemerintahan negara sekiranya Pakatan Haram berjaya menjajah negara pada PRU ke-13 nanti.
Tunku Abdul Aziz yang berpengalaman luas dan tahu luar dalam DAP dalam kenyataannya itu juga menyatakan bahawa Anwar hanyalah sekadar “Perdana Menteri boneka” selepas mempergunakan bekas partinya itu untuk merebut jawatan yang dia idamkan selama ini.
Lebih berani, “orang lama” DAP itu turut mengesahkan bahawa DAP sebenarnya didominasi oleh kaum Cina yang ekstrim!
Malah menurutnya, kewujudan Karpal Singh sebagai Pengerusi parti itu hanyalah “wayang” di mana mereka hanya membiarkan saja ketua mereka itu dibelasah keseorangan sekiranya terdapat mana-mana kesilapan kenyataan dari golongan pemimpin Cina DAP.
Saya tidak dapat tidak perlu menerima kenyataan Tunku Abdul Aziz mengenai hubungan DAP dan PKR ini memandangkan dia adalah antara bekas pemimpin tertinggi DAP yang paling lama berada di dalam parti tersebut.
Dalam ertikata lain, sudah tentu dia kenal benar dengan segala kelemahan dan kekuatan DAP, tahu segala gerak kerja serta agenda sulit parti itu.
Dalam kenyataannya itu, saya menyimpulkan bahawa Anwar mempergunakan DAP untuk menjadi Perdana Menteri, manakala DAP pula akan membonekakan Anwar sebagai Perdana Menteri sekiranya Pakatan Haram menawan Putrajaya.
Matlamat Anwar ialah untuk menjadi Perdana Menteri dan dia tahu dia tidak boleh mendapatkan kuasa secara berseorangan. Dia sedar PKR tidak kuat pun berbanding DAP yang mendapat sokongan kaum Cina sejak tahun 2008.
DAP pula mungkin sebenarnya langsung tidak punya cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri. Tapi kalau dipilih, sudah tentu DAP akan meletakkan Guan Eng sebagai Perdana Menteri. Tapi, DAP tahu mereka tak pandai kelentong orang Melayu seperti Anwar.
Dan sebab itulah Anwar dipergunakan DAP untuk menabur auta dan fitnah terhadap Kerajaan BN meskipun Anwar sebelum ini sering memaki hamun DAP sesuka hatinya ketika bersama UMNO suatu ketika dahulu.
PAS? Tak payah cakaplah mengenai PAS. PAS hanyalah “pekakas hina” atau “gerila upahan” yang langsung tidak dipandang oleh DAP atau PKR. PAS letaknya di kelas bawahan di mana para penyokongnya dilihat tidak berotak seperti salah seorang Naib Presidennya yang gagal SRP.
Pada DAP, mereka tidak perlu memerintah sebagai Perdana Menteri pun tak mengapa asalkan segala dasar dan kemahuan mereka dilaksanakan dengan lancar di negara ini.
Dengan Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri, DAP boleh mengugut Anwar pada bila-bila masa saja untuk menurut kehendak mereka atau “agen rejim zionis” itu akan mendapat undi tidak percaya di Parlimen.
Lagipun, jangan lupa bahawa fail-fail, fakta dan bukti-bukti kukuh “skandal rahsia Anwar” sememangnya berada di dalam genggaman DAP dan tidak mustahil segala maklumat itu akan digunakan DAP untuk mendapatkan segalam kemahuannya.
Saya yakin bahawa kemungkinan yang timbul dari bekas Naib Presiden DAP itu ada kebenarannya dan jangan mimpilah Anwar akan membela nasib Islam, bangsa Melayu dan Malaysia sekiranya dia menjadi Perdana Menteri.
Silap-silap, Anwar akan meminda lebih separuh perlembagaan negara dan menurut segala kehendak DAP bagaikan “lembu dicucuk hidung”.
Persoalannya, apakah kita akan membenarkan “sesumpah” itu menjadi Perdana Menteri dan menjahanamkan negara ini? Sendiri fikirlah..kan?
mykmu.net
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.