Begitulah penjelasan yang diberikan oleh aktor terkenal, Azhar Sulaiman, berhubung kenyataan mengenai dirinya kerana menjadi ahli Umno. Azhar berkata, beliau hanya mengutarakan persoalan kepada individu cerdik agama, iaitu adakah beliau juga dikategorikan sebagai murtad kerana menjadi ahli Umno.
"Jika orang baca betul-betul, mereka tahu saya mengutarakan pertanyaan. Ini kerana bila Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengatakan Umno murtad, jadi bagaimana dengan saya?
"Itu hanya kenyataan dari saya, terpulanglah bagaimana interpretasi dan penilaian pihak lain mengenai kenyataan saya itu," katanya kepada Sinar Harian di pekarangan Kumpulan Media Karangkraf, semalam.
Azhar berkata, dia bukan sengaja mahu menimbulkan kontroversi, apatah lagi cuba menjadi ahli politik. Sebaliknya, sebagai rakyat Malaysia, dia cuma mengambil tahu mengenai perkembangan semasa.
Mengenai laporan polis oleh beberapa individu di Perak, Azhar berkata, dia tiada masalah dalam perkara itu.
"Apa yang boleh saya kata, jika orang benar-benar faham dengan kenyataan saya, mereka akan faham apa yang cuba saya sampaikan," katanya.
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.