Thursday, November 22, 2012

Pakatan terus mati akal main isu kapal Israel di Port Klang !!




Bila tercetusnya serangan kejam regim Zionis ke atas umat Islam Gaza ,  juak-juak pencacai PaS &PKR bukannya nak bersama-sama kerajaan bantu bagi menghantar bantuan ke sana  tetapi mereka lebih suka mempolitikkan isu ini .

Isu  kapal Israel yang berlabuh di Pelabukan Klang pernah dibangkitkan dulu kini dimainkan semula mereka untuk menipu umat Islam di negara .  



Malah Dr Maza juga seolah-olah  terpengaruh propaganda mereka bertanya kepada Timb Menteri Datuk Muhkriz Mahathir di twitter .

Muhkriz menjawab memang benar kerana kapal ini membawa minyak sawit untuk dieksport ke Palestin dan terpaksa melalui pelabuhan Ashdod , Israel .  Minyak sawit negara dijual kepada syarikat milik Muslim yang berdaftar di Palestin .

Jadi , anda boleh menilai sendiri  kebenaran  mengenai isu kapal Israel yang berlabuh negara ini  dengan cerita dibawa pembangkang . Mereka tak tahu  kapal nak masuk ke Palestin perlu ke pelabuhan Israel .

 Malah minyak sawit kita dijual kepada syarikat orang Islam Palestin bukannya fitnah pembangkang kononnya negara kita berdagang  dengan  Israel !! 


sumber : GPB

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.