Tuesday, November 27, 2012
Campur tangan asing sebab Anwar takut kalah PRU 13
PUTRAJAYA: Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta campur tangan asing dalam urusan pilihan raya di negara ini jelas menunjukkan kebimbangan pemimpin itu yang mungkin tidak mendapat mandat pada Pilihanraya Umum (PRU) ke-13.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir, berkata berdasarkan faktor itu, Anwar mula membuat cerita kononnya terdapat penyelewengan dalam institusi kerajaan termasuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
“Kali ini dia cuba nak meraih simpati sebelum PRU, jika benarlah apa yang dijangka, (beliau) tidak mendapat mandat itu, dia akan kata ada penyelewengan berlaku.
“Sebab itu dia dah mula bercakap dengan negara seperti ini (Australia) untuk dapatkan sokongan, tetapi nampaknya mereka (Australia) tidak berapa setuju kerana ini amalan demokrasi kita kenapa nak campur tangan,” katanya ketika ditemui selepas mengiringi bapanya, Tun Mahathir Mohamed beriadah menaiki kereta kuda sekitar Putrajaya di hadapan Masjid Putra, di sini, semalam.
Minggu lalu, akhbar melaporkan Australia tidak akan mempengaruhi cara pilihan raya umum dilaksanakan di Malaysia walaupun menerima rayuan ketua pembangkang, supaya berbuat demikian. Menteri Luar Australia, Senator Bob Carr, dipetik berkata pilihan raya di Malaysia urusan rakyat Malaysia sendiri
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.