Monday, November 26, 2012

Tun Mahathir sindir pembangkang jika kalah PRU 13 !




Mana-mana pihak yang tewas dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) harus menerima kenyataan itu dan diharap tidak membuat sebarang provokasi seperti demonstrasi yang akhirnya akan menyebabkan huru-hara berlaku dalam negara.

 Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pada masa kini terdapat juga pihak yang sudah pun mencipta suasana tidak selesa itu dengan memberitahu orang ramai bahawa PRU13 akan datang adalah pilihan raya yang tidak adil.

 "Mereka menghasut orang ramai sekiranya keputusan tidak memihak kepada mereka, mereka akan membuat demonstrasi. 

"Ada pihak yang tidak boleh menerima kekalahan dan akan membuat demonstrasi. "Mereka akan mengata ketidakadilan dan penipuan telah berlaku," kata beliau pada sidang media Forum Antarabangsa bertemakan Konflik dan Perdamaian Dalam Politik: Mengimbas Kembali atau Memandang Ke Hadapan di sini, hari ini. Beliau berkata demikian ketika mengulas soalan media tentang demokrasi yang dilihat sudah tidak lagi relevan pada masa ini.

 Beliau bagaimanapun berpendapat, pendekatan demokrasi itu sendiri tidak cacat tetapi terpulang kepada pengamalnya. "Semuanya bergantung kepada pengamalnya terutamanya ketika menerima kekalahan," kata beliau.

 Mengulas mengenai taktik pembangkang yang menggunakan demonstrasi untuk menyatakan bantahan, beliau mendakwa, perkara itu menjadi satu instrumen kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengatur langkah ke Putrajaya dan untuk menjadi Perdana Menteri.

 Dr Mahathir juga mendakwa, merancang demontrasi merupakan kemahiran tinggi Anwar dalam membuat persiapannya itu. "Persiapan Anwar ialah membuat demonstrasi awam.

Sebelum ini tidak pernah ada demonstrasi.  "Malah masa dia (Anwar) dalam kerajaan, dia sendiri menentang demonstrasi,tetapi sekarang sejak dia keluar penjara, sering kali berlaku demonstrasi termasuk Bersih dan Himpinan Hijau," katanya.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.