Sunday, November 18, 2012

Hj Hadi Halalkan Doa Kehancuran Terhadap UMNO BN,Beginikah Sikap Seorang Ulama' ??


Dalam ucapan beliau semasa berucap di muktamar Pas dua hari lepas beliau menyindir Umno sebagai parti syaitan...Kemudian dinafikan dengan menyebut siapa makan cili akan terasa pedas.

 Selepas itu Hj Hadi juga mempertahan perbuatan yang dilakukan adik Nik Aziz bernama Nik Razi semasa perhimpunan solat hajat dua hari lepas di Stadium Sultan Muhammad. Seperti berita di bawah. Yang jelas Nik Razi selaku wakil Dewan Ulama PAS terang-terangan mendoakan kehancuran Umno dan BN bukan kehancuran ideologi seperti yang cuba diputarbelitkan oleh beliau dalam kenyataan di bawah.


 Tidak pernah lagi ada ulama sekotor ini pendiriannya dan orang seperti inilah yang sebenarnya memburukkan Islam. Kefahaman Islamnya sangat jijik dan kotor kerana membiarkan perbuatan mendoakan kehancuran parti Melayu Islam UMNO.

Adakah ia berpunca kerana kewahabiannya yang sama nadanya seperti Nik Aziz lalu kedua merekalah yang banyak mengkafirkan Umno dan menyesatkan parti keramat Orang Melayu Islam ini ?

 Perbuatan beliau bukan baru, bahkan sudah mencecah 31 tahun... Beliau jugalah dalang yang berani dan sanggup mengkafirkan UMNO yang disebut Amanat Haji Hadi Awang disampaikan oleh beliau di Kampung Benggol, Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April1981.


 "Saudara-saudara sekelian percayalah, Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka. Percayalah saudara-saudara sekelian, Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'."

Tontonlah video doa yang sangat jauh menyimpang daripada apa yang diajar oleh Nabi.Kalau diamati  bait-bait doa berkenaan...nak mengaminkan doa berkenaan pun rasanya tidak sanggup kerana memikirkana bahawa dikala umat Islam Palestine merintih doa dari seluruh umat Islam untuk diberi kekuatan melawan yahudi zionis,puak-puak PAS di Malaysia sanggup doakan kehancuran sesama umat Islam demi memudahkan perjalanan ke Putrajaya.

Jika ditanya beginikah sikap ulama yang menghalalkan doa kehancuran seperti ini untuk diamainkan oleh seluruh umat islam di stadium berkenaan,maka KP doakan agar Allah bukakan hati ulama seperti ini untuk bertaubat dan insaf atas segala perbuatannya.

Moga mereka hayati suatu Hadith daripada Nabi S.A.W :

” Sesungguhnya seorang hamba bila melaknat seseorang nescaya laknat itu akan naik ke langit kemudian menutup pintu pintu langit di bawahnya, lalu turun ke bumi menutup pintu pintu yang lain, kemudian mengambil tangan kanan di tangan kirinya, apabila tidak memenuhi sasarannya, ia kembali kepada orang yang dilaknat dan jika tidak boleh ia akan kembali kepada orang yang melaknatnya.” (Hadis Riwayat Abu Daud)

2 comments:

  1. Kerajaan Malaysia dibawah kepimpinan Perdana Menteri mewakili Umno serta seluruh komponen Barisan Nasional telah berjaya membangunkan negara menjadi sebuah negara yang diakui oleh kalangan negara-negara berjiran, juga diiktiraf sebagai negara yang mempunyai pemimpin berwibawa yang berjaya menjadi sebuah negara pendamai kepada negara-negara luar dan juga menjadi antara negara yang sering membantu kesusahan dan penderitaan negera-negara luar dilanda masalah kemiskinan, mangsa peperangan serta negara-negara yang masih mundur diantero dunia. Perjuangan yang dilakukan oleh pemimpin negara juga merupakan sumbangan keseluruhan rakyat Malaysia kepada masyarakat dunia atas dasar kemanusiaan sejagat. Disamping membantu meringankan masalah dan penderitaan yang dialami negara tersebut, rakyat Malaysia juga berdoa agar negera-negara tersebut terhindar dari sebarang kemusnahan dan kembali aman dan maju seperti negara-negara yang lain. Oleh itu marilah juga kita berdoa agar ahli serta penyokong PAS kembali kepangkal jalan dan kembali kepada Allah dan Rasul dan terhindar dari hasutan oleh ajaran-ajaran yang menyesatkan dan sia-sia serta lagho, dan jadikanlah mereka antara elemen komponen perpaduan, pembangunan dan kemajuan negara serta kecemerlangan Malaysia.

    ReplyDelete
  2. Mungkin kah Allah sudah makbulkan permintaan pemimpin PAS yg tak kisah utk terima bantuan dari SETAN?

    ReplyDelete

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.