Monday, November 12, 2012

Dr. Rani Berhujah Dengan Hujah Kanak-Kanak ??


Sungguh tidak disangka,inilah taraf hujah Pesuruhjaya PAS Selangor,berhujah dengan menggunakan nafsu semata-mata dengan tidak pernah fikirkan bagaimana nak bersatu padu dalam membentuk kekuatan Melayu dan Islam itu sendiri.

Kesombongan PAS dalam menerima pelawaan UMNO sebenarnya membuktikan mereka sudah jauh tersasar dari mengikuti sunnah Rasulullah S.A.W yang berusaha membentuk perpaduan ketika mana Rasulullah S.A.W mula membentuk Kerajaan Islam Madinah,perkara pertama yg menjadi usaha Nabi ialah mempersaudarakan antara Muhajirin dan Ansar.

Hujah Dr. Rani yang mengatakan PAS itu dominan sebab dapat peruntukan untuk Sekolah agama di Selangor adalah sangat cetek dan lemah hujahnya.Dia patut fikir ,diukurnya tahap dominan sesuatu parti itu bukan melalui peruntukan kewangan tetapi melalui kekuatan kuasa yang ada padanya.

PAS patut akui bahawa mereka sebenarnya bukan dominan kerana mengikut pola kerusi Parlimen yang akan PAS bertanding pada PRU lepas dan akan datang ini sebenarnya adalah paling sedikit berbanding DAP dan PKR yang mendominasi kerusi yang tidak ditandingi oleh PAS.Ini sebenarnya membuatkan PAS ibarat sekadar melukut ditepi gantang sahaja dan diperalatkan untuk memenangi kerusi-kerusi parlimen yang   majoritinya Melayu dan hanya membantu untuk Anwar dan DAP menguasai Putrajaya.DAP dan PKR tahu mereka tidak akan berjaya sekiranya PAS keluar dari PR kerana mereka memerlukan kerusi-kerusi majoriti Melayu.

Seterusnya,dakwaan PAS bermasalah akibat pengemudi dalam parti,sebenarnya itu juga betul tetapi disangkal dengan hujah kanak-kanak oleh Dr. Rani.Dr. Rani mengatakan PAS dikepalai oleh golongan ulama,tabligh dan profesional.Tetapi,dipersoalkan juga ulama,tabligh dan profesional yang macam mana ??Sebagai contoh,di dalam PAS, Timbalan Presiden PAS tidak diakui apa profesional dan bidangnya,turut juga diragui akan akidahnya yang dikatakan syiah yang bertaqqiyah.Ini yang masalah yang patutnya PAS akui,selepas mengetepikan Ustaz Nasharuddin Mat Isa ,PAS mengangkat seorang yg bukan Ulama dan bukan profesional menjadi pemimpin mereka,hanya sekadar layak menjadi ayam sabung sahaja dipentas ceramah.

Kalau beginilah gaya pemimpin PAS yang bercakap sombong dan tidak pernah ada rasa merendahkan dirinya seperti pemimpin UMNO yang merendahkan dirinya dengan untuk bersatu atas nama agama,bangsa dan negara ,maka susahlah untuk Melayu bersatu jika pemimpin-pemimpin sebegini dibiarkan terus mengemudi PAS yang akhirnya sudah menjadi pak turut dan tunggangan DAP dan PKR

Lihat apa pernah Anwar kata terhadap PAS dahulu :



SHAH ALAM – Pas Selangor tidak pernah bermimpi untuk kembali semula dalam komponen parti disertai Umno pada masa akan datang, selaras dengan pendirian Pas Pusat. Pesuruhjayanya, Dr Abd Rani Osman berkata, ini kerana, sejarah kerjasama antara Pas dan Umno pada masa lalu membuatkan parti Islam itu lebih berhati-hati dalam memilih rakan komponen yang mempunyai persamaan prinsip dengan mereka.

 Beliau mendakwa, Umno dilihat bersifat lebih ‘kemelayuan’ dan kurang menitik beratkan soal agama terutama dalam kes ketirisan di kalangan pemimpinnya. “Ahli akademik boleh beri pendapat mereka (kemukakan cadangan kerjasama Pas dan Umno diwujudkan) kerana dia hanya duduk dalam sebuah institusi (sebagai pemerhati).

Tapi pemimpin dan ahli Pas yang merasai sendiri, lebih tahu apa makna perjuangan mereka. “Ibarat orang masuk stadium, pemerhati boleh bercakap apa saja. Tapi sebagai pemain, dia sendiri yang akan rasa (perjuangan) ‘go to the ground’,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

 Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung cadangan pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malayisa (UIAM), Prof Madya Dr Yusof Muhammad supaya kerjasama Pas dan Umno diwujudkan demi Islam dan orang Melayu.

 Kenyataan itu dibuat Yusof dalam Wacana Kembalikan Pas ke Landasan Asal, Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA), di Kuala Lumpur, seperti disiarkan Sinar Harian, semalam. 

Dalam pada itu, Abd Rani turut mempersoalkan dakwaan dilemparkan pihak tertentu bahawa Pas bukan parti dominan dalam Pakatan Rakyat (PR).

 “Apa perkara yang dikatakan kita (Pas) tak dominan? Saya beri contoh, peruntukan bagi sekolah agama di Selangor banyak diberikan kepada sekolah agama rakyat (SAR), berbanding dengan sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) dan Tamil (SJKT),” katanya.

 Mengenai dakwaan Pas bermasalah akibat pengemudi dalam parti itu sendiri, Abd Rani menegaskan perkara itu tidak berlaku kerana ahli Pas semuanya terdiri daripada pelbagai latar belakang antaranya golongan ulama, tabligh dan profesional.

 “Bila duduk dalam Pas, kita kenalah ikut acuan (dasar dan perjuangan) Pas. Kalau tak ikut dan mendatangkan kemudaratan kepada parti, Majlis Syura akan ambil tindakan. Mereka boleh dipecat kalau cuba bawa hala tuju parti ke tempat lain,” katanya.-SH

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.