Saturday, November 10, 2012

Sister In Islam Sokong Kenyataan Kebebasan Agama Nurul Izzah


KUALA LUMPUR, 9 Nov — Kebebasan beragama mestilah termasuk untuk menukar agama, kata badan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan wanita Muslim berikutan kenyataan Nurul Izzah Anwar dalam isu ini.

Dalam kenyataan medianya, Sisters In Islam (SIS) bertanya bagaimana Muslim menuntut kebebasan, yang mahu menarik lebih ramai orang bukan Islam untuk memasuki agama itu tetapi dalam masa sama tidak membenarkan penganutnya keluar dari agama tersebut.

 “Kepercayaan berdasarkan paksaan akan jadi hipokrit,” menurut SIS dalam kenyataan medianya. Pengarah program SIS, Suri Kempe menerangkan bahawa NGO tersebut tidak menggalakkan umat Islam untuk murtad, sebaliknya memperjuangkan kebebasan meninggalkan agama bagi mereka yang tidak lagi mempercayainya. “Islam bukanlah agama jalan sehala,” kata Suri.

 Kenyataan naib presiden PKR, dalam forum berkenaan dengan isu negara Islam di Subang Jaya Sabtu lalu telah menyebabkan beliau diserang oleh pemimpin agama dan pemimpin Umno dengan mengatakan beliau menggalakkan murtad. Nurul Izzah telah membuat laporan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk menjelaskan perkara tersebut dan akan mengambil tindakan ke atas akhbar yang dimiliki Umno, Utusan Malaysia, Berita Harian dan beberapa blog kerana memutarbelitkan kenyataannya.

 Murtad dan kebebasan beragama adalah isu sensitif di Malaysia, di mana Melayu — yang mewakili 60 peratus dari 28 juta penduduk — dari segi Perlembagaan adalah Muslim. Sementara kebebasan untuk beragama adalah dijamin bagi bukan Muslim di bawah Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan, semua orang Melayu adalah Muslim di bawah undang-undang.

 Undang-undang Islam melarang Muslim dari keluar dari agama tersebut dan undang-undang syariah negara ini telah memberi kuasa kepada kerajaan negeri untuk mengenakan hukuman kepada golongan murtad.

 mempunyai dua sistem perundangan syariah dan persekutuan, ianya sering mencetus kontroversi dalam kebebasan beragama di bawah artikel 11 apabila orang Muslim cuba untuk keluar dari agamanya. Ini boleh dilihat dalam kes Lina Joy (Azalina Jailani), Revathi Massosai dan Nyonya Tahir (Wong Ah Kiu).

1 comment:

  1. MMmmmmmm Sister in Islam ni dahulunya ok terutama dalam memperjuangkan hak wanita dalam Islam. (mungkin ok nak tarik orang ramai dahulu kot -sekarang dah tunjuk belang). Kemudian dapat tahu mereka ni dapat bantuan dari luar (ingat Aminah Wadud?). Lansung jadi tak ok.

    Sister in Islam selalu keluarkan artikel dan pendapat berkenaan agama ISlam.(suratkhabar STAR selalu). Ada yang bagus juga. Akan tetapi saya selalu pesan kepada isteri saya hati-hati sikit apabila membaca pendapat mereka. Analogi yang saya berikan ialah apabila mendengar pendapat mereka ialah sama macam mendengar kuliah agama dari Uztaz/Tok Imam (dari segi isinya nampak ok) tetapi Uztaz/Tok Imam itu pakai seluar pendek nampak lutut atau pakai spendar sahaja. Maka terima sahajalah atas face value. Untuk di jadikan pegangan rasanya tidak.

    ReplyDelete

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.