Sunday, November 4, 2012

Hj Hadi Pun Mimpi Siang Hari jugak ??


PEKAN – Timbalan Ketua Umno Bahagian Pekan, Datuk Ishak Muhamad menyifatkan hasrat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang sedia bertanding kerusi Parlimen Pekan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang bagai 'mimpi di siang hari.'

 Menurutnya, Pekan kubu kuat Barisan Nasional (BN) dan peluang Abdul Hadi untuk merampas kerusi Parlimen di situ tentunya amat tipis. "Ahli Parlimen Marang itu seharusnya lebih realistik dalam meletakkan harapan merampas kerusi milik Perdana Menteri.

 “Lupakan saja hasrat bertanding di Pekan kerana masyarakat di sini sudah selesa dan cukup segala-galanya melalui pemerintahan parti pilihan mereka sendiri,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, semalam.

 Sementara itu, Ketua Penerangan Umno bahagian, Datuk Abdul Manaf Sulong turut menyokong kenyataan Ishak yang mahu Abdul Hadi melupakan saja niatnya bertanding di Parlimen Pekan. Menurutnya, perbandingan potensi kemenangan Pas di Parlimen Pekan berdasarkan PRU10 pada 1999 tidak lagi relevan kerana keadaan kini banyak berubah.

 Sementara itu, Adun Chini, Datuk Abu Bakar Harun turut ingatkan Presiden Pas itu tidak bertanding di Pekan kerana yakin rakyat Pekan bijak memilih pemimpin yang mampu membela nasib mereka.

Komentar KP : Pengumuman Hj Hadi yg katanya bersedia untuk bertanding di Parlimen Pekan tidak lebih sekadar mencari populariti menjelang PRU-13 dan beliau sendiri tahu bahawasanya jika beliau bertanding di situ,perjuangan politiknya diperingkat nasional sudah berakhir dan kemungkinan besar hanya menang di peringkat DUN Terengganu sahaja.

Tetapi yg peliknya,Mursyidul Am PAS sendiri menyokong kenyataan Hj Hadi tersebut .Apakah Nik Aziz ingin melihat seorang Presiden partinya kalah dan kecundang ??Disebalik sokongan Nik Aziz itu,ada dua orang pemimpin tertinggi di dalam PAS menasihatkan agar Hj Hadi hanya bertanding di Parlimen Marang yg dimenangi pada PRU-12 lepas.

PKR pun seperti tidak mahu Hj Hadi bertanding disitu dan membuat alasan PR belum membuat ketetapan siapa yg akan bertanding menentang kerusi parlimen Presiden UMNO itu.Sekarang anda rasa siapa yang syok sendiri nak cabar PM Najib ??

1 comment:

  1. PAS SEBENARNYA SEDANG MENCARI SEORANG PANGLIMA YG SANGGUP BERKORBAN DEMI MARUAH,KALAU TEWAS MEREKA TELAH SEDIAKAN ALASAN KEPUTUSAN TELAH DIJANGKA,JIKA MENANG MERAKA AKAN CANANG SELURUH PANGLIMANYA TELAH MENANG.

    MUNGKIN PENGALAMAN DILEMBAH PANTAI AKAN DIGUNAKAN DI PEKAN PULA,

    ReplyDelete

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.