Friday, November 2, 2012

Guan Eng Penakut + Terdesak !! Gantung Dato' Azhar Dari DUN P.Pinang


Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim kali kedua digantung daripada menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Pulau Pinang selama enam bulan mulai hari ini. Perkara itu diumumkan oleh Speaker Datuk Abdul Halim selepas usul dikemukakan oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng dibahas dan diluluskan petang ini.

 Azhar didakwa menghina Dewan, Spekaer dan kakitangan Dun dengan menyebut "verbatim boleh dimanipulasikan oleh kakitangan Dewan" dan akan membuat laporan polis serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

 Usul untuk merujuk Azhar ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dun dikemukakan oleh Adun Datuk Keramat, Jagdeep Singh Deo pada Mei lalu. Ketika membahaskan usul itu, Azhar berkata, beliau tidak mahu hadir memberi keterangan kerana sudah mengetahui keputusan yang akan diambil oleh jawatankuasa berkenaan kerana anggotanya dikuasai oleh penyokong kerajaan.

 "Kalau masa usul pertama yang tidak betul pun boleh diterima Dewan dan kemudian menggantung saya enam bulan, usul ini pun samalah sebab mereka sudah ada keputusannya. "Jadi kenapa saya perlu pergi. Mana ada keadilan," katanya.

 Azhar digantung kali pertama pada persidangan Dun pertengahan tahun lalu. Beliau digantung menghadiri persidangan DUN selama enam bulan pada 17 Ogos 2010 kerana menggunakan perkataan ‘13 Mei’ ketika berlaku pertikaman lidah dengan Guan Eng pada sesi penggulungan Usul Terima Kasih Ucapan Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas.

 Menurut Azhar, verbatim adalah draf yang masih boleh diubah kerana kebiasaan akan diserahkan kembali kepada wakil rakyat untuk semakan sebelum menjadi hansard. "Saya hanya mempertikaikan verbatim dan hansard. Jangan keliru antara verbatim dan hansard," katanya.

 Azhar juga berkata Guan Eng cuba mewujudkan taktik menakut-nakutkan semua pihak agar sentiasa mengikut cakapnya sahaja, terutama kakitangan kerajaan.

 "Ini adalah sebagai amaran kepada kakitangan kerajaan. Jika ketua pembangkang pun boleh kena gantung, inikan pula kakitangan awam yang makan gaji dengan Kerajaan Negeri," katanya. Ketika menggulung usul itu, Guan Eng meminta agar Azhar mengakui kenyataan yang dikeluarkan dan meminta maaf kepada Speaker serta kakitangan Dun bagi menyelesaikan isu itu sebelum Abdul Halim membuat keputusan.

 Bagaimanapun Azhar enggan sambil berkata: "Saya tidak akan menarik balik kenyataan itu dan tidak akan meminta maaf. Titik.

" Sebelum itu, ketika mengambil bahagian dalam perbahasan, Datuk Arif Shah Omar Shah (BN-Sbeerang Jaya) meminta Abdul Halim menggunakan budi bicaranya "membebaskan" Azhar dari hukuman itu memandangkan persidangan kali ini mungkin yang terakhir sebelum pilihan raya umum. "Datuk Speaker mungkin boleh mengikut satu sejarah dengan mengubah keputusan. Bagaimanapun, ia terpulang kepada Speaker," katanya.

 Bagaimanapun, Azhar bangun dan menyatakan tidak bersetuju dengan kenyataan Arif Shah dan mahu membiarkan Dewan membuat keputusannya sendiri yang memang sudah boleh dijangkakan. Datuk Jasmin Mohamad (BN-Sungai Dua) pula berkata beliau berbangga kerana mempunyai seorang ketua pembangkang yang digeruni dan ditakuti oleh semua wakil rakyat termasuk Guan Eng. 

"Disebabkan takut, Guan Eng terpaksa mengambil usaha untuk menggantung Azhar dari menghadiri persidangan kerana bimbang akan membongkar banyak lagi penyelewengan Kerajaan Negeri," katanya.

 Syed Ameruddin Syed Ahmad (BN-Bayan Lepas) berkata selama empat penggal menjadi wakil rakyat, Azhar adalah pemimpin yang berani menegur Kerajaan Negeri berbanding penyokong kerajaan dari Pakatan Rakyat (PR).

 "Saya nampak wakil rakyat PR langsung tidak berani menegur Ketua Menteri atau Exco. Mereka menjadi penakut," katanya.-SH

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.