Friday, November 23, 2012

Minta bantuan asing, strategi Anwar jika PR kalah PRU 13 !




 – Pas dan DAP hari ini diminta memberikan pendirian rasmi berhubung pendedahan berkaitan tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilaporkan menulis kepada Menteri Luar Australia, Senator Bob Carr untuk meminta negara terbabit membantu dalam Pilihan Raya Umum (PRU).
Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang , Mohd Fairus Khairuddin berkata pendirian itu cukup penting untuk diketahui umum sejauh manakah pendirian mereka terhadap isu berkenaan.
Menurut beliau tindakan meminta bantuan asing untuk mencampuri urusan demokrasi negara boleh dianggap sebagai perbuatan biadap dan satu bentuk pengkhianatan kepada negara.
“Kita pun ingin tahu apa pendirian kedua-dua parti berkenaan. Jika mereka berdiam diri ianya seolah-olah menjulang terhadap pengkhianatan negara. Perbuatan itu cukup memalukan.
“Perbuatan tersebut seharusnya ditolak dan tidak sewajarnya dibenarkan bermahrajalela di negara kita. Apakah kita sanggup melihat negara luar campur tangan dalam urusan demokrasi negara kita,“ katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.
Fairus seterusnya menambah pendedahan berhubung tindakan Anwar itu jika berasas ianya adalah satu perang psikologi awal terhadap pilihan raya umum akan datang selain ianya satu bentuk ancaman politik kepada rakyat dan ugutan kepada kerajaan.
“Maknanya beliau seolah-olah ingin menunjukkan kepada umum bahawa jika partinya kalah kelak, itulah alasannya dan kepada rakyat dan negara, beliau seolah-olah ingin menggambarkan bahawa pilihan raya yang diadakan adalah tidak telus.
“Dalam soal ini, saya ingin bertanya kemenangan beliau di Permatang Pauh khususnya bukankah ianya diuruskan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Dan begitu juga kemenangan pembangkang di Kelantan, Pulau Pinang dan Kedah. Bukankah institusi yang sama menguruskannya pada PRU kali ini,“ katanya.
Tambah beliau maklum balas daripada Australia berhubung perkara itu sebenarnya memalukan Ketua Pembangkang berkenaan.
“Saya difahamkan Australia sudah memberikan maklum balas mengenainya dan jika Anwar manusia yang mempunyai perasaan malu, tentunya maklum balas tersebut memberikan keinsafan kepada beliau.
“Tetapi apakan daya…..Anwar adalah manusia yang tidak tahu malu dan tidak ada keinsafan. Beliau sendiri menunjukkan belang sebenar wajahnya kepada umum. Kepada rakyat nilailah dan hayatilah apa yang berlaku agar sistem demokrasi negara terus bertahan dengan acuan kita sendiri,“ katanya. -MediaUMNO

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.