Menurutnya, amanat yang berbunyi Umno itu kafir diungkapkan Hadi sewaktu angin kebangkitan Islam kira-kira 30 tahun lalu.
“Sungguhpun ahli Pas hari ini sudah tidak mengamalkan amanat tersebut, tetapi Hadi wajar membuat penarikan semula sebagai pencerahan kepada masyarakat. “Ini perkara lama. Amanat tersebut diungkapkan ketika zaman muda beliau (Hadi).
Ketika itu angin kebangkitan Islam mempengaruhi segenap pemuda ditambah dengan ketegangan sistem Perlembagaan yang menjadi teras negara ini,” katanya kepada Sinar Harian mengulas gesaan dua mufti agar Hadi menarik balik amanat beliau.
Katanya, perkara sama turut berlaku kepada ramai tokoh-tokoh pemimpin muda pada ketika itu. “Pas sekarang sudah lain.
Saya melihat kepimpinan hari ini sudah tahu hala tuju perjuangan mereka. Hadi juga sudah bertemu dengan pemimpin parti lain termasuk Umno. “Jadi, ahli parti itu sudah boleh mengagak dan tahu amanat lama sudah tidak ada lagi,” katanya.
Menurutnya, penggabungan Pas bersama Pakatan Rakyat (PR) juga memperlihatkan parti itu semakin realistik dalam perjuangan politik mereka. “Jika dapat dibuktikan, masih wujud ahli yang berpegang teguh dengan amanat seumpama itu, bermakna Hadi perlu tampil membuat penarikan semula dengan segera,” katanya.
Tambah Asri, isu lama ini seharusnya tidak lagi dibangkitkan kerana ia akan mengundang pelbagai perkara lain yang boleh mendatangkan kontroversi.
“Seharusnya ia dihentikan. Jika tidak, akan muncul macam-macam lagi termasuk isu 13 Mei. Tutup buku lama. “Semua pihak perlu melihat ke depan bukan membongkar kisah lama lagi. Ia sudah tidak relevan lagi,” katanya.-SH
Komentar KP : Pembaca semua mesti masih teringat akan peristiwa memali yang mengorbankan nyawa yang tidak berdosa dek kerana percaya dengan fatwa dan amanat Hj Hadi.Begitulah penangan amanat tersebut sehingga gugurnya Ust Ibrahim Libya yang PAS menganggap beliau mati syahid.
Dr Asri bangang. Ini bukan kisah lama. Ini iktikad pengikut PAS yang sampai ke hari ini masih ramai yang berpegang kepada amanat tersebut. Kalau dikutkan PAS lebih kafir lagi kerana secara terang mengamalkan politik suku agama suku. Aku lebih rela sembahyang kat rumah dari sembahyang berimankan orang PAS. Tuihhhhh... Bagi aku kalau aku gi Perlis, masa tu Dr Asri jadi imam, lebih baik aku sembahyang sorang dari jadi makmum di belakang dia. Tak tahu aku dia ni Wahabi ke atau Ahli Sunnah...
ReplyDelete