Wednesday, December 19, 2012

Ostazah Abby Akui Ayah dan Ibunya Orang UMNO


Saya ingin membina rumah di syurga,” kata bekas artis yang menyertai politik, Abby Abadi sambil menyifatkan dirinya begitu tenang setelah menyertai Pas.

 Abby menyifatkan penyertaannya dalam Pas sebagai jihad dalam kehidupannya setelah meninggalkan dunia lakonan. “Saya rasa begitu bahagia sebagai seorang Muslimah yang akan meneruskan perjuangan mencari kebenaran dan keadilan bersama parti pilihan,” katanya.

 Abby Abadi juga berikrar serta berjanji akan membantu calon Pas berkempen dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). “Saya sanggup turun bersama Muslimat Pas sebagai perayu undi di seluruh pelosok negara pada PRU13 nanti.

 “Kami cukup bersedia untuk sama-sama menggempur pihak lawan pada kempen pilihan raya nanti untuk merayu undi,” katanya ketika menyertai perhimpunan kebangkitan rakyat peringkat negeri di dataran Kompleks Pas Perlis di Jalan Kampung Pondok di sini, malam kelmarin.

 Kira-kira 4,000 ahli Pas dan PR menghadiri program itu. Abby atau nama sebenar Arbaiyah Abdul Manan berkata, beberapa rakan artis lain akan bersamanya tidak lama lagi untuk memberi sokongan kepada PR.

 Sungguhpun mengakui dirinya adalah dari keluarga penyokong Barisan Nasional (BN) bahkan ayah dan ibunya ialah orang Umno tetapi hatinya lebih terbuka untuk memilih Pas kerana ada hikmah di sebaliknya.

1 comment:

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.