Sunday, December 30, 2012

Peserta mogok lapar Himpunan Hijau DAP rupanya penipu !!




KUALA LUMPUR: Peserta mogok lapar 'Himpunan Hijau' yang berikrar akan berlapar 100 jam demi menuntut projek Lynas dibatalkan hari ini dikesan makan tengahari di beberapa restoran berhampiran Dataran Merdeka.
Peserta mogok itu dikesan berbuat demikian setelah seorang demi seorang mula meninggalkan lokasi tunjuk perasaan mereka.
Portal berita Mynewshub.my hari ini mendedahkan beberapa keping gambar yang menunjukkan peserta yang terlibat makan secara senyap-senyap tanpa pengetahuan orang ramai.
Terdahulu, peserta berkenaan mempamerkan keadaan fizikal yang lemah dan tidak bermaya kepada orang ramai yang lalu lalang di kawasan berhampiran.
Terdapat juga gambar yang menunjukkan beberapa orang peserta menerima bungkusan makanan yang dihantar oleh seorang individu yang tidak dikenali.
Lebih mengejutkan terdapat dua peserta yang menjamu selera di sebuah restoran di Masjid Jamek.
Difahamkan peserta mogok sebelum ini bersetuju untuk hanya minum air botol sepanjang 100 jam itu yang akan berakhir pada detik tengah malam Tahun Baru 2013.
Usaha Antarapos untuk mendapatkan reaksi daripada beberapa individu yang sinonim dengan Himpunan Hijau gagal apabila panggilan telefon kami tidak dijawab.
Antaranya, ahli Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0, Wong Chin Huat dan Maria chin Abdullah, Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh serta Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail.

1 comment:

  1. Bangang cap ayam.Kalau ya pun nak kedarah,bukal dulu baju tu

    ReplyDelete

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.