Ucapan penggulungan oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia YB Khairy Jamaluddin pada Perhimpunan Agung Tahunan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang lalu begitu signifikan dan kena pada tempatnya.Ia bukan setakat omongan kosong bahawa anak muda dan mahasiswa kini sudah kembali kembali UMNO dan BN tetapi ia berdasarkan fakta dan analisis
Jika disingkap kembali ,pelbagai usaha dan transformasi telah dilakukan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dalam usaha menarik kembali sokongan generasi Y atau generasi muda untuk terus bersama dengan kerajaan sedia ada.Usaha seperti BN Youth Job Fair,BN Youth Volunteer ,Kelab Penyokong BN IPT dan sebagainya antara usaha Pemuda UMNO untuk mendekati dan menarik sokongan anak muda dan mahasiswa untuk bersama UMNO dan BN dan ia terbukti apabila misalnya BN Youth Job Fair yang berjaya menghimpunkan ribuan anak muda yang datang dan secara tidak langsung ia suatu jasa Pemuda UMNO kepada anak muda.
Kemenangan besar Pro Aspirasi di hampir kesemua universiti awam Malaysia dalam Pilihanraya Kampus pada bulan oktober yang lepas membuktikan bahawa mahasiswa sebenarnya sudah meletakkan kepercayaan mereka kembali kepada kerajaan sedia ada dan tidak termakan dakyah-dakyah kotor pembangkang yang senantiasa menghasut mahasiswa supaya kejalanan membuat huru --hara dan demonstrasi haram demi menuntut sesuatu yang sebenarnya ada saluran yang boleh disampaikan.Budaya demonstrasi haram ini sebenarnya dipupuk oleh pakatan pembangkang supaya anak muda mahasiswa bersikap prejudis terhadap segala usaha kerajaan.
Pro- M sepatutnya muhasabah diri mereka kembali dan tidak perlu cepat membidas kerana apa yang diperkatakan oleh YB Khairy itu sebenarnya realiti dan bukan fantasi buta semata-mata.UMNO sebenarnya sudah kehadapan dalam menghadapi pengalaman onak duri untuk mendapatkan sokongan anak muda.Jadi,Pro-M yang sepatutnya memikirkan kembali bagaimana nak tarik sokongan mahasiswa bukannya menabur fitnah dengan mengaitkan UMNO dan BN dalam taktik kotor untuk menang Pilihanraya Kampus .Pro-M bersikap seperti idola mereka pakatan pembangkang yang cepat menabur fitnah dengan mengaitkan permainan penipuan dan taktik kotor kononnya oleh BN dalam pilihanraya untuk menang.Jika beginilah sikapnya,bagaimana untuk merencanakan politik baru untuk anak muda.
Kenyataan Pro-Mahasiswa Nasional
Kuala Lumpur, 2 Dis : Pro-Mahasiswa Nasional hari ini membidas kenyataan yang dinyatakan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berhubung sokongan mahasiswa dan anak muda kepada UMNO-BN yang semakin bertambah baik.Jika disingkap kembali ,pelbagai usaha dan transformasi telah dilakukan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dalam usaha menarik kembali sokongan generasi Y atau generasi muda untuk terus bersama dengan kerajaan sedia ada.Usaha seperti BN Youth Job Fair,BN Youth Volunteer ,Kelab Penyokong BN IPT dan sebagainya antara usaha Pemuda UMNO untuk mendekati dan menarik sokongan anak muda dan mahasiswa untuk bersama UMNO dan BN dan ia terbukti apabila misalnya BN Youth Job Fair yang berjaya menghimpunkan ribuan anak muda yang datang dan secara tidak langsung ia suatu jasa Pemuda UMNO kepada anak muda.
Kemenangan besar Pro Aspirasi di hampir kesemua universiti awam Malaysia dalam Pilihanraya Kampus pada bulan oktober yang lepas membuktikan bahawa mahasiswa sebenarnya sudah meletakkan kepercayaan mereka kembali kepada kerajaan sedia ada dan tidak termakan dakyah-dakyah kotor pembangkang yang senantiasa menghasut mahasiswa supaya kejalanan membuat huru --hara dan demonstrasi haram demi menuntut sesuatu yang sebenarnya ada saluran yang boleh disampaikan.Budaya demonstrasi haram ini sebenarnya dipupuk oleh pakatan pembangkang supaya anak muda mahasiswa bersikap prejudis terhadap segala usaha kerajaan.
Pro- M sepatutnya muhasabah diri mereka kembali dan tidak perlu cepat membidas kerana apa yang diperkatakan oleh YB Khairy itu sebenarnya realiti dan bukan fantasi buta semata-mata.UMNO sebenarnya sudah kehadapan dalam menghadapi pengalaman onak duri untuk mendapatkan sokongan anak muda.Jadi,Pro-M yang sepatutnya memikirkan kembali bagaimana nak tarik sokongan mahasiswa bukannya menabur fitnah dengan mengaitkan UMNO dan BN dalam taktik kotor untuk menang Pilihanraya Kampus .Pro-M bersikap seperti idola mereka pakatan pembangkang yang cepat menabur fitnah dengan mengaitkan permainan penipuan dan taktik kotor kononnya oleh BN dalam pilihanraya untuk menang.Jika beginilah sikapnya,bagaimana untuk merencanakan politik baru untuk anak muda.
Kenyataan Pro-Mahasiswa Nasional
Khairy dalam Perhimpunan Agung UMNO yang melabuhkan tirainya semalam menyatakan kemenangan pihak Aspirasi dalam Pilihanraya Kampus membuktikan bahawa golongan muda telah kembali kepada UMNO-BN.
Namun jelas Pengerusi Pro-M Nasional, Edikoup Lakip Sediyanto, kenyataan berkenaan membuktikan UMNO-BN semakin terdesak untuk meraih sokongan anak muda. "Jelasnya, mereka (Aspirasi) adalah kuda tunggangan UMNO. Tiada gunanya menang jika guna taktik kotor untuk capai sasaran Ops 2020.", ujarnya.
"Kami ingatkan UMNO! Jangan anggap sudah berada di zon selesa dengan pencapaian yang dikecapi. Kami bukan menolak UMNO tapi UMNO perlu menunjukkan suara rakyat harus diambil kira, bukan hanya pandai berkata-kata dalam perjuangan.
"Begitu juga dengan parti-parti lain seperti DAP, PAS, PKR, MCA dan MIC. Suara mahasiswa harus didengari dengan adil dan amanah.", tambahnya.
Menurut Edikoup lagi, pembongkaran Ops 2020 yang kotor dan menjijikkan jelas menunjukkan perkara sama bakal berlaku dalam Pilihanraya Umum akan datang.
Dalam Pilihanraya Kampus lalu, tiga kampus utama iaitu UM, UKM dan UIAM menyaksikan kemenangan berpihak kepada Pro-Mahasiswa.
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.