KUALA LUMPUR - Perwakilan Umno Pulau Pinang, Mohd Shaharudin Mohd Hasan Tajuddin mahu persatuan-persatuan yang membela kebajikan artis agar lebih peka ke atas aspek pemakaian dan penampilan artis.
Beliau menyentuh perkara itu ketika membahas usul agama dan pendidikan dalam persidangan Perhimpunan Agung Umno di PWTC, hari ini.
"Persatuan yang terlibat secara langsung dengan artis, diminta mempertingkatkan kepekaan terhadap garis panduan yang diberi oleh Kementerian Penerangan, (Komunikasi dan Kebudayaan) mengenai adab dan etika berpakaian.
"Lebih-lebih lagi ketika menghadiri majlis penyampaian anugerah," katanya yang turut menyentuh penubuhan Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M). YA1M yang dilancar 11 November lalu menerima suntikan dana RM 5 juta daripada kerajaan. Shaharudin menasihatkan agar para artis menitikberatkan pakaian mereka dengan lebih longgar, labuh dan tertutup.
"Tolong tolonglah jangan bawa penampilan yang menjolok mata. "Pakaian yang ketat dilonggarkan, jangan disendatkan... yang pendek dilabuhkan manakala yang terbuka itu tutup-tutupkan," katanya yang juga Ketua Pemuda Umno Bahagian Tanjong.-Sinar Harian
Komentar KP : Walaupun isu seperti ini amat terpencil untuk diperbahaskan,tapi KP rasa amat kena pada tempatnya ia dibangkitkan kerana sejak dari dahulu lagi etika dan adab berpakaian sering diambil mudah oleh segelintir artis tempatan dan kurang diberi perhatian.
Wajar untuk UMNO menegur kerana UMNO sebagai kerajaan dan pemerintah wajib melakukan amar makruf nahi mungkar ,pakaian menjolok mata oleh artis-artis tempatan terutamanya pada majlis-majlis anugerah sebenar bukan sahaja dilihat oleh orang dewasa malah pelbagai lapisan masyarakat termasuk generasi muda yang suka menjadikan artis sebagai idola kesayangan mereka.
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.