KUALA LUMPUR 30 Nov. - Biarpun masih muda, seorang wakil Kelab UMNO Luar Negara berjaya menyentuh emosi perwakilan untuk bersama menyanyikan lagu Warisan (Anak Kecil Main Api) pada Perhimpunan Agung UMNO 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Pelajar kejuruteraan kimia dan biologi di Universiti Gunma, Jepun itu, Ariff Yasir Zulkafli, 23, menyanyikan rangkap pertama lagu tersebut selepas 17 minit membahaskan usul ucapan dasar Presiden dan kemudian disambut oleh Pengerusi Tetap, Tan Sri Badruddin Amiruldin serta seluruh perwakilan untuk bangun bersama-sama menyanyikan lagu tersebut.
Malah, Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dan ahli-ahli Majlis Tertinggi parti itu yang turut tersentuh, bangun menyanyikan lagu tersebut. Lagu berkenaan berkaitan nasib orang Melayu yang hidup menumpang di bumi sendiri akibat sengketa sesama mereka.
Semasa menyanyikan lagu tersebut, Ariff Yasir yang merupakan Presiden Kelab UMNO Tokyo kelihatan beberapa kali sebak dan berhenti seketika. Anak muda berasal dari Pokok Sena, Kedah itu terus menarik perhatian perwakilan apabila memberikan gambaran tentang masa depan anak Melayu jika UMNO dan Barisan Nasional (BN) hilang kuasa dan tidak lagi memerintah selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Cuba bayangkan anak-anak macam kami yang mengaji di luar negara, kami akan dipanggil balik sebab polisi tidak lagi dipegang oleh UMNO dan BN yang menghantar kami dulunya. Anak-anak ayahanda dan bonda ini tiba-tiba terkontang-kanting, sistem tidak lagi membantu kami untuk ke menara gading.
Mana dahan untuk kami berpaut, mana pelantar untuk kami berdiri?" katanya sambil beberapa kali mengesat air mata. Ariff Yasir kemudian membuat seluruh perwakilan bertambah sebak apabila merayu supaya semua ahli UMNO melupakan sengketa sesama sendiri dan kembali kepada perjuangan asal untuk membela nasib orang Melayu.
Tolonglah ayahanda, tolonglah bonda untuk UMNO terus mara, untuk UMNO terus berkuasa, untuk UMNO terus memperjuangkan kepentingan kita. Saya merayu sangat ini, saya merayu sangat ayahanda, bonda dan kanda. Kita lupakanlah segala sengketa.
Janganlah ada sifat tamakkan jawatan dan kuasa. Biar hati kita bersih, kita buang dengki dan iri hati. Kita rapatkan saf, kita perbetulkan azam, kita bersatu, kita berpadu dan kita bersama-sama berjuang pastikan selepas PRU-13 Putrajaya masih menjadi milik kita," katanya disambut dengan tepukan gemuruh daripada seluruh perwakilan.
Beliau mengucapkan terima kasih kepada pemimpin dan pejuang UMNO yang membolehkan anak- anak Melayu dari kampung melanjutkan pengajian di luar negara. Kalau tanpa jasa anda semua, tidak mungkin kami anak-anak Melayu berada di mana kami berada sekarang.
Ini menunjukkan UMNO sentiasa komited menjaga kebajikan orang Melayu dulu, kini dan selamanya," tegas beliau.
Itulah pesan orang dahulu-jauh berjalan luas pengelaman. hujan emas negeri orang mana nak sama negeri sendiri.bersatu teguh bercerai roboh.yang lemah dipapah yang tak nampak dipimpin.berat sama dipikul ringan sama dijinjing.
ReplyDeletetapi jangan jadi-kaduk naik junjung.yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran.menyesal dulupendapatan menyesal kemudian bangsa tergadai.berpada apa yang ada ,nanti bila pecah royong akan dapat sagunya.