Thursday, January 31, 2013

Gambar Hj Hadi Jampi Air Buat Ustaz Taib Azamuddin



Kita mendapat khabar berita bahawa Ust Taib Azamuddin,Ahli Parlimen Baling telah diserang angin ahmar dan telah dimasukkan ke sebuah hospital di P.Pinang.Beberapa orang pemimpin PAS sudah melawat beliau dan tidak ketinggalan jugak Presiden PAS sendiri turut melawat beliau.

Hj Hadi sempat membuat jampi rukyah air untuk minuman Ust Taib Azamuddin semoga diberi kesembuhan seperti sediakala.

Hal ini adalah berdasarkan sebuah hadits

diriwayatkan daripada Jabir Radhiallahu ‘anhu beliau berkata yang maksudnya : “Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam melarang daripada jampian.

Lalu keluarga ‘Amr bin Hazm datang kepada Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam, mereka berkata:  “Wahai Rasulullah, kami mempunyai jampi yang boleh kami gunakan untuk menjampi sengatan kala, sedangkan engkau melarang jampian.”

 Jabir berkata: “Kemudian mereka pun memperlihatkan jampi mereka kepada Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam.

 Lantas Baginda bersabda: “Aku tidak nampak ianya menjadi apa-apa, barangsiapa di antara kamu yang boleh menolong saudaranya maka tolonglah dia

Sesungguhnya,segala macam penyakit ini semuanya ketentuan Allah dan Dialah yang akan menyembuhkannya bukan makhluknya.Mereka hanya berdoa ,Allah yang akan memperkenankannya.


p/s: Mohon jangan selepas ini penyokong PAS mengganggu Tuan Presiden PAS minta buat air jampi menang PRU-13.Seluruh kuasa dan kerajaan itu hak milik Allah ,dia akan beri kerajaan kepada sesiapa yang Dia kehendaki dan mencabut kerajaan  itu daripada sesiapa yang Dia kehendaki .

Kita doakan agar Ust Taib Azamuddin pulih dan sembuh sediakala.Kita tidak doakan KO KO macam pemimpin PAS buat untuk pemimpin UMNO

1 comment:

  1. HAI LAH BESI SEGALA BALA RANA BESI...BESI WAJA... BESI CERUCUK ...BESI KARAT...SERBUK BESI...BESI BIDIYO...HAI LAH BESI...DATANGKANLAH HIKMAT BESI...POOH POOH POOH....KEH KEH KEH KEH KEH

    ReplyDelete

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.