Thursday, January 31, 2013

PANAS!!! Mahfuz Mungkin Disiasat Gara-gara Surat Palsu Yang Didedahkannya Sendiri


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein hari ini berkata, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Jariah Mohd Said akan membuat laporan polis berhubung surat palsu yang mengarahkan pengarah bahagian dan daerah menghantar kad pengenalan yang tidak dituntut ke Sabah.

 "Itu surat palsu. Ianya palsu. Tuduhan yang dibuat adalah berdasarkan surat palsu. "Saya minta orang ramai yang tiada kepentingan politik supaya tidak mempercayai perkara yang dibuat oleh pihak tertentu.

Ketua pengarah JPN juga akan membuat laporan polis hari ini," katanya. Hishamuddin berkata demikian selepas mengadakan sidang media di majlis sambutan Hari Imigresen di Putrajaya hari ini. 

Semalam, Mahfuz menuntut penjelasan JPN serta Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung surat yang didakwa dikeluarkan pengarah bahagian kad pengenalan JPN kepada semua pengarah negeri dan daerah di seluruh negara. Mahfuz mendakwa surat bertarikh 14 Disember itu mengarahkan agar kad pengenalan serta Mykid yang tidak dituntut dalam masa 18 bulan dihantar melalui pos ke Keningau, Sabah.

Komentar KP : Tuduhan fitnah yang menggunakan surat palsu oleh Mahfuz ini memalukan dirinya sendiri.Kenapa Mahfuz tidak rujuk dahulu JPN untuk pengesahan dan sebaliknya bertindak bodoh mendedahkannya pada media.Ke Mahfiuz Bean yang "fake" kan surat ini atas nama JPN ?? Itulah kadang-kadang pemimpin pembangkang ini,suka sangat melontarkan fitnah yang akhirnya fitnah itu kembali kepada mereka

1 comment:

  1. MAHFUZ NI MEMANG BODOH PIANG. TANYA DIA, DIA NGAJI SETAKAT MANA. CAKAP SAJA LEBIH, Q TAK DAK. PRU 13 NI PUTUSLAH LIDAH SIBODOH NI.

    ReplyDelete

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.