Thursday, January 31, 2013

PANAS !!! Nasharuddin Dan Dr. Hassan Ali Bersatu Pertahan Kesucian Kalimah Allah

Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa (kiri) dan Presiden Jalur Tiga (JATI), Datuk Dr Hasan Ali (kanan) berbual semasa hadir pada Majlis Taklimat dan pemakluman draf asas memorandum kepada Majlis Raja - Raja berhubung isu "Pertahankan Kesucian Nama ALLAH" oleh Sekretariat mendaulatkan islam sebagai agama persekutuan

Kemesraan hubungan persahabatan kedua-kedua bekas pemimpin tertinggi PAS ini jelas terpancar ketika dalam satu majlis di Masjid Negara semalam.Majlis yang dianjurkan oleh "Sekretariat Mendaulatkan Islam Sebagai Agama Persekutuan" ini bertujuan untuk mempertahankan kesucian nama Allah dari terus dipolitikkan pihak-pihak tertentu.

Yang menjadi perhatian ialah bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa dan juga Presiden Jalur Tiga (JATI), Datuk Dr Hasan Ali.. 

Mereka dilihat mesra berbual pada majlis tersebut. Satu sessi Taklimat dan pemakluman draf asas memorandum kepada Majlis Raja-Raja berhubung isu "Pertahankan Kesucian Nama ALLAH" telah dibentangkan oleh Sekretariat itu bagi mendaulatkan Islam sebagai agama persekutuan.

AHMAD Fairuz Sheikh Abdul Halim (depan, dua kanan) bersama Dr. Hasan Ali (kanan), Nasharudin Mat Isa dan Ismail Mina Ahmad beramah mesra selepas majlis perjumpaan wakil wakil NGO Islam mempertahankan kalimah Allah di Masjid Negara, Kuala Lumpur, semalam
Turut juga bersama dalam majlis tersebut ialah bekas Ketua Hakim Negara,Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim, bekas Ketua Pemuda PAS P.Pinang ,Ustaz Hafiz Nordin,Dato' Nakhaie, Ustaz Ismail Mina(MUAFAKAT) dan Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor,Dato' Noh Gadut

1 comment:

  1. Dah terang lagi bersuloh tuan tuan. Nyata sudah DAP sudah hampir berjaya didalam misi memecah belah Politik Islam Malaysia, melalui PAS. Sebenarnya PKR tidak wujud didalam kitab DAP ni. Mereka cuma hendak bersekongkol dengan PAS supaya dapat di suap racun ke mulut PAS (jadi jurucakap depa la...). Tapi dimasa yang sama dibekalkan Petrol kpada PKR, supaya mengeluarkan perkataan yang sensitif (contoh ialah BERSEH 1 & 2). PKR hanya lah jambatan dan boarding tiket ke PAS. Apabila dah dapat duduk bersama dengan PAS, mereka mula buka tin yang penuh dangan racun. Tetapi PAS tak merasa racun tersebut bila disuap, sebab sudah di suntik dengan ubat kebas awal awal lagi(ikut aje apa DAP cakap), iaitu bius (alah... digunakan dihospital sebelum pembedahan) Isu Allah tidak sepatutnya disentuh dari awal pun. Sebab Pope dari Vatichan pun tak berani sentuh Kalimah Allah. Karpal Singh tu Islam ke atau Kristian? Pendekan cerita yang karut ni, PAS patut letak syarat (untuk memastikan ALLAH adalah hanya untuk ISLAM dan bukan Bible, walaupun versi Melayu (atas asas akidah dan Al Quran) sesiapa yang hendak sentuh Islam ALlah hendaklah berwuduk dan mengucap Syahadah. Ini adalah pendapat dan pandangan saya sendiri. Adakah misi DAP seterusnya melalui PKR, mahu menterjemahkan Alquran versi Melayu Kristian, Allah ditukar nama kepada Jesus pulak? Nauzubillahiminzalik... Islam Malaysia mesti bersatu sekarang sebelum di gomol dengan Najis Politik mereka(MARAH nih...)

    ReplyDelete

Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.