KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) -- Stadium Badminton Cheras malam Rabu bergema dengan alunan qasidah dan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW oleh lebih 7,000 orang sempena majlis 'Malam Cinta Rasul' bersama pendakwah terkenal Habib Syech Abdul Qadir Assegaf.
Habib Syech dibawa dari Indonesia bagi memeriahkan lagi majlis itu sempena sambutan Maulidur Rasul pada 24 Jan ini.
Majlis anjuran Yayasan Pendidikan Cheras (YPM) itu turut diserikan dengan kehadiran Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang lengkap berjubah putih dan bersongkok hitam.
Ketibaannya disambut oleh Pengerusi YPC Datuk Syed Ali Alhabshee, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) Datuk Che Mat Che Ali dan Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Darat Malaysia (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar.
Majlis itu juga mendapat kerjasama Jawi, Ikim.FM, Masjid As-Syakirin KLCC dan Masjid Jamek Alam Shah.
Habib Syech Abdul Qadir As-Seggaf bersama Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid |
Tausiyah dan doa oleh Al-Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid berkenaan Cinta Rasul dipertengahan majlis menambahkan lagi kecintaan para hadirin kepada Nabi Muhammad S.A.W |
Tan Sri Muhyiddin Yassin , Dato' Seri Jamil Khir Baharom,Tan Sri Syed Hamid Albar dan para hadirin khusyuk mendengar tausiyah diberikan |
Penuh dan padat Stadium Badminton Cheras dengan kehadiran begitu ramai umat islam yang cintakan Nabi Muhammad S.A.W..Allahu Akbar |
Suatu yang sangat mengujakan kerana julung-julung kalinya majlis seperti ini menerima tetamu pemimpin no. 2 negara untuk hadir bersama rakyat mengalunkan qasidah,selawat dan syair syair pujian kepada Rasulullah S.A.W.Terima kasih kepada hadirin ,para pencinta Nabi Muhammad S.A.W. ,semoga Allah melimpahkan rahmat sebesar-besarnya kepada kalian semua yang hadir.
Semoga terus bersemarak cinta kita kepada Jaddina Habibuna Muhammad S.A.W menjelang bulan Rabi'ul Awal ,bulan kelahiran Nabi Muhammad S.A.W.
[Sollu 'Alan Nabiy]
HJ.HADI berselawat dimana YEEEEEEE
ReplyDelete