SHAH ALAM: DAP mungkin akan kehilangan sebahagian pengundi orang Cina jika parti itu gagal mengadakan semula pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) akibat daripada dakwaan wujud penipuan dan manipulasi.
Tokoh sejarah, Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim berkata dakwaan ini ada asasnya apabila terdapat ahli parti yang kini mula hilang kepercayaan terhadap pemimpin tertinggi DAP kerana dilihat bersikap berat sebelah."Itu terpulanglah, mereka yang setia kepada DAP itu memang tidak akan memberi undi kepada BN."Tetapi mereka yang bukan begitu setia kepada DAP, mungkin akan memberi undi kepada BN lah," katanya.
"Tentu mereka (pengundi Cina) akan menubuhkan satu pertubuhan yang lain. Macam Umno 1988 jugalah kan, ada Umno baru tetapi mereka tidak semestinya ada DAP baru. "Tetapi saya rasa mereka akan menubuhkan satu parti,"katanya.
Parti Umno pernah diharamkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada tahun 1988 kerana wujudnya beberapa cawangan yang tidak didaftarkan dan dianggap tidak sah di bawah Akta Pertubuhan 1966.11 orang ahli Umno sebelum itu telah memohon suatu relif termasuk suatu pengisytiharan bahawa pemilihan calon yang menang semasa Perhimpunan Agung UMNO April 1987 sebagai bertentangan dengan perlembagaan parti.
DAP tidak akan diharamkan
Dalam perkembangan yang sama, pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Mohammad Agus Yusoff pula menyifatkan DAP tidak akan diharamkan walaupun wujud dakwaan unsur-unsur salahguna kuasa ketika membuat pembetulan keputusan CEC itu.
"Diharamkan itu adalah benda-benda yang lebih besar daripada kesilapan, cuma ini CEC DAP hanya ada kesilapan teknikal pun kalau ada"Kalau ROS terus buat haram, jadi peliklah," katanya.
Justeru, beliau berkata DAP sewajarnya mengadakan semula pemilihan CEC DAP dalam menangani krisis dan memberi keadilan kepada anggota parti itu yang bertanding bagi merebut 20 kedudukan tertinggi. "Perlu ada salah laku dan perlu ada surat tunjuk sebab dulu daripada CEC DAP.
"Daripada surat tunjuk sebab itu, maka satu keputusan dibuat dan biasanya keputusan paling keras pun ialah mengadakan pemilihan semula CEC DAP demi mencari keadilan kepada orang yang bertanding," katanya.Untuk rekod minggu lalu, dua ahli seumur hidup DAP mendesak ROS menyiasat dakwaan wujud penipuan dan manipulasi ketika pemilihan CEC parti itu tahun lalu.Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi, Negeri Sembilan, A David Dass dilaporkan berkata, beliau membawa isu itu berikutan keengganan DAP mengadakan pemilihan semula CEC dan ramai ahli parti yang kecewa dengan keputusan itu.
Ia susulan pertambahan undi yang diperoleh Setiausaha Politik Ketua Menteri Pulau Pinang, Zairil Abdullah, yang pada mulanya mendapat undian 305, diumumkan memperoleh 803 undi selepas kiraan semula, sekali gus meletakkan beliau di kedudukan ke-20 dalam CEC. Sementara itu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata ROS memerlukan maklumat tambahan selepas menerima memorandum daripada dua ahli parti berkenaan minggu lalu.
Hishammudin berkata ini bagi memudahkan siasatan mengenai isu berkenaan dapat dijalankan dengan baik dan mengikut undang-undang, selain memberi keadilan kepada semua pihak
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan nama anda atau nama samaran dalam komen supaya memudahkan respon dalam komen. Sebarang Komen yg Keterlaluan saya Tidak Bertanggungjawab.